Ahad, 17 Oktober 2010

Wanita & Makanan Tambahan

Apakah definisi makanan tambahan?

Makanan tambahan menurut USFDA ialah makanan kesihatan yang mengandungi vitamin dan mineral dalam bentuk pil, cecair atau minuman herba.
Mengambil makanan tambahan tidaklah salah terutama untuk wanita yang menghadapi masalah haid yang terlalu banyak, mengandung atau bersalin dan usia lanjut.

Anda perlu berhati-hati untuk memilih jenis produk makanan kesihatan. Pilihlah yang terbaik dan telah terbukti keberkesanannya kepada kesihatan penggunanya.
Beberapa panduan diperlukan untuk mereka yang gemar mencuba produk makanan tambahan yang terdapat di pasaran.
  • Mengapakah anda perlu mengambil makanan tambahan?
  • Tahukah anda, apa yang terkandung dalam makanan tambahan itu?
  • Adakah produk makanan tambahan ini berisiko atau mengandungi kesan sampingan pada diri anda?
  • Apakah jenis-jenis makanan tambahan yang terbukti baik untuk kesihatan wanita?
Wanita yang mengalami haid yang terlalu banyak setiap bulan memang perlu pada makanan tambahan iaitu zat besi. (ferrus sulphate / ferrus fumarate). Oleh itu, mengambil makanan tambahan yang mengandungi zat besi amat perlu untuk mengelakkan kepucatan yang keterlaluan (anaemia).
Biasanya doktor yang merawat akan memberi  preskripsinya untuk pesakit. Walaubagaimanapun, anda boleh mendapati banyak produk-produk yang mengandungi zat besi dijual di farmasi.

Wanita sihat yang mengambil makanan seimbang tidak perlu pada makanan tambahan.

Kandungan sesuatu produk kesihatan perlu diteliti oleh anda untuk memastikan tiada mengandungi bahan yang tidak halal atau melanggar syara’ dan tidak memberi kesan sampingan kepada penggunanya.
Terdapat produk makanan kesihatan yang terbukti memberi kesan sampingan kepada pelanggan seperti spirulina kerana diketahui mengganggu pembekuan darah dalam badan.
Oleh itu, pesakit yang mengambil spirulina diarahkan oleh doktor menghentikan pengambilannya sebelum menjalani pembedahan.
Akhirnya, marilah kita fokus pada makanan tambahan yang telah terbukti menjadi penawar dan penyembuh serta merupakan sunnah Nabi s.a.w.

1)  Air zam-zam
Dari Ibnu Abbas r.a, Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sebaik-baik air yang terdapat di muka bumi adalah zam-zam. Di dalamnya terdapat makanan yang mengenyangkan dan penawar penyakit”.

Ibnu Qayyum berkata, “Ketika berada di Mekah aku mengalami sakit dan tidak ada tabib dan ubat (yang dapat menyembuhkannya). Aku pun mengubatinya dengan meminum air zam-zam dan membacakannya berulang kali (dengan al-Fatihah). Kemudian aku meminumnya. Aku mendapatkan kesembuhan yang sempurna. Aku pun menjadikannya untuk bersandar ketika mengalami rasa sakit, aku benar banyak mendapat manfaat daripadanya.”

2)  Khasiat buah kurma
Memakan kurma merupakan satu sunnah Nabi s.a.w. Setiap perbuatan Nabi s.a.w yang diikuti akan mendapat berkat dan ternyata sangat bermanfaat kepada manusia. Kandungannya yang tinggi khasiatnya serta kaya dengan protein atau serat, vitamin A dan C serta zat galian atau mineral seperti  zat besi, kalsium, sodium dan potassium.
  • Protein: 2%
  • Serat: 4%
  • Gula: 50% – 57%
Kulit kurma baik untuk mencegah barah usus besar kerana boleh melawaskan pembuangan air besar.

Firman Allah s.w.t: “Lalu dengan (air) itu, Kami tumbuhkan untukmu kebun-kebun kurma dan anggur, di sana kamu memperoleh buah-buahan yang banyak dan sebahagian dari (buah-buahan) itu kamu makan.” (Surah Al-Mukminun, ayat 19)

Diriwayatkan dari Aisyah r.a yang menjelaskan kurma mengandungi ubat. Jika sesiapa yang selalu makan kurma akan dihindari dari terkena racun yang dimakan.
Dikisahkan sewaktu Maryam melahirkan Nabi Isa a.s di bawah pokok kurma, telah datang malaikat Jibril a.s menyuruh Maryam menggegarkan pohon kurma. Lantas memakannya. Dengan izin Allah, ia memudahkan kelahiran Nabi Isa a.s.
Seruan pada umat Islam supaya memakan kurma sebagai menggantikan makanan yang berkolestrol tinggi atau berkarbohidrat tinggi.

3) Khasiat Habbatus sauda’
  • Ciri kandungannya boleh meningkatkan imuniti.
  • Mengandungi omega 3,6,9 – nutrisi untuk sel otak untuk meningkatkan daya ingatan atau kecergasan.
  • Memperbanyakkan susu ibu.

4) Khasiat madu lebah


Firman Allah s.w.t dalam Surah An-Nahl ayat 68-69: “Dan tuhanmu mengilhamkan kepada lebah. Buatlah sarang di gunung-gunung, di pohon-pohon kayu dan di tempat-tempat yang dibikin manusia. Makanlah dari segala (macam) buah-buahan lalu tempuhlah jalan tuhanmu yang telah dimudahkan (bagimu). Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat ubat yang menyembuhkan bagi manusia…”

Dari sudut saintifik, madu didapati mengandungi vitamin B1, B2, B3, vitamin C dan B6 (kandungan vitamin berubah mengikut kualiti madu bunga yang dihisap oleh lebah. Ia juga mengandungi mineral seperti tembaga, zink dalam jumlah yang kecil, magnesium, potassium, klorin, sulfur, zat besi dan phosphate. Ia juga kaya dengan anti-oksidan yang boleh mengelakkan daripada menghidap penyakit kanser.

Walau apa pun makanan tambahan yang kita ambil, yang utama untuk ditekankan ialah  pergantungan kita untuk lebih sihat dan cergas adalah hanya kepada Allah s.w.t dan mendapat keberkatan kerana mengikut sunnah Rasulullah s.a.w.







Rabu, 6 Oktober 2010

ARMAGEDON 2012 Bencana akhir Zaman

Armagedon: 2012 mendedahkan rahsia di sebalik fakta pembikinan filem 2012. Mendedahkan perbalahan antara para saintis dan pakar sejarah mengenai penemuan Kalendar Maya yang mencetuskan seribu satu tanda tanya. Ada pihak yang menolak dakwaan ini dan tak kurang juga yang mempercayainya. Huru hara dunia semakin kompleks seolah-olah membenarkan dakwaan ini. Kiamat pasti berlaku, persoalannya BILA???

Ahad, 22 Ogos 2010

Sunat Berbuka Dengan Kurma



Daripada Salman bin Amir Addabbi Assohaabi r.a. daripada Nabi s.a.w. bersabda: “Jika seseorang kamu berbuka, hendaklah ia berbuka dengan buah kurma. Sekiranya buah kurma tiada, bolehlah ia berbuka dengan air kosong. Sesungguhnya air itu bersih lagi suci”
(Abu Daud dan at-Tirmidzi)

Huraian
1. Rutob ialah buah kurma yang telah masak sebelum menjadi tamar kering. Ianya lembut dan manis. Manakala tamar ialah buah kurma yang sudah kering.2. Orang yang berpuasa disunatkan berbuka dengan rutob atau kurma atau meminum air biasa jika ketiadaan kurma. Inilah tertib yang dilakukan oleh Rasulullah SAW.
3. Hikmah disunatkan kita berbuka dengan tamar ialah kerana kurma dipercayai mengandungi glukosa yang mampu memberikan tenaga segera kepada badan. Ia juga dipercayai kaya dengan protein, serat, gula, vitamin A & C serta zat mineral seperti besi, kalsium, sodium dan potassium. Kandungan protein di dalam sebiji kurma adalah kira-kira 1.8 hingga 2.0%, serat 2.0 hingga 4.0% manakala kandungan gulanya adalah 50 hingga 57%.
4. Sesiapa yang berpuasa dengan ikhlas kerana Allah, kemudian beramal mengikut sunnah Rasulullah SAW akan diberi ganjaran pahala di akhirat serta mendapat nikmat dan rahmat Allah SWT di dunia dan akhirat.
 
 

Rabu, 4 Ogos 2010

JALAN PINTAS BUKAN JALAN MUDAH


PADA DASARNYA, SIFAT MANUSIA ADALAH TERGESA-GESA, TIADA SALAHNYA DENGAN SIFAT INI NAMUN JIKA TIDAH DIKAWAL SECARA BETUL DAN BAIK BOLEH MEMBAWA MASALAH DALAM PERJALANAN HIDUP KITA INI.

SEMUA MANUSIA INGINKAN KEBAHAGIAAN DAN MERAIH KEJAYAAN DALAM HIDUP. NAMUN, BERAPA BANYAK KESEDARAN YANG KITA ADA DALAM MERAIHNYA? KERANA TERKADANG KITA INGIN BERJAYA TAPI DENGAN MEMILIH MELALUI JALAN YANG PALING PINTAS.

DALAM MELEWATI PERJALANAN HIDUP INI, SETIAP INDIVIDU DIBERI KUASA PENUH OLEH ALLAH SWT DENGAN IZINNYA UNTUK MEMILIH JALAN HIDUPNYA. YANG TERPENTING ADALAH BERANI MENGAMBIL RISIKO SERTA BERTANGJAWAB ATAS SEGALA PILIHAN KITA DAN SABAR ATAS UJIAN, ONAK DAN DURI DALAM HIDUP, KERANA SEGALA UJIAN INI ADALAH SATU PROSES PEMBELAJARAN UNTUK KITA MENUJU JATI DIRI YANG SEJATI.

DALAM PERJALANAN HIDUP INI TENTU ADA HALANGAN, RINTANGAN DAN PELBAGAI UJIAN DAN CUBAAN DAN DI SINILAH SEMUA INDIVIDU MENGALAMI PERBAGAI REAKSI DAN RESPON MASING-MASING DALAM MENYELESAIKANNYA. SEMUA TINDAK TANDUK INI ADALAH BERGANTUNG PADA SUDUT PANDANGAN KITA DALAM MENILAINYA DAN YANG PASTINYA APA PUN PILIHAN KITA PASTI AKAN BERBALIK KEMBALI KEPADA KITA DAN MENJADI SEBAHAGIAN DARIPADA HIDUP KITA YANG HARUS DIPERTANGGUNGJAWABKAN SECARA ZAHIR DAN BATINNYA. JIKA TAK BERANI TANGGUNG RISIKO, SUSAH UNTUK KITA DAPATKAN HASIL YANG BAIK.

TANPA DISEDARI ATAU TIDAK, KITA ADALAH WAKIL SANG PENCIPTA YANG TERBAIK DIKALANGAN SEMUA MAKHLUK CIPTAANNYA UNTUK MENTADBIR ALAM DI DUNIA INI. KITALAH MAKHLUK LUAR BIASA DAN PALING HEBAT CIPTAANNYA DI SINI, MAKA, CUBA RENUNG SEJENAK MAKNA LUAR BIASA DAN HEBAT INI.

RENUNGKAN, DALAM OTAK KITA YANG KECIL INI SAJA DAPAT MENGHASILKAN KARYA-KARYA YANG LUAR BIASA HEBATNYA KERANA KITA ADA JIWA YANG MEMPUNYAI SIFAT YANG SAMA DENGAN ASMA ALLAH SWT DALAM DIRI INI UNTUK KITA RASAINYA.

FAKTA MEMBUKTIKAN BAHAWA HATI MANUSIA ITU PENUH DENGAN KASIH SAYANG, BELAS KASIHAN, MEMAAFKAN, KEDAMAIAN, KEBAHAGIAAN, INGINKAN KEKAYAAN, KEKUASAAN DAN KEMERDEKAAN DAN BANYAK LAGI… BUKANKAH ITU SEMUA SIFAT SANG PENCIPTA KITA (ALLLAH SWT)? SUNGGUH, KITA INI MERUPAKAN MAKHLUK CIPTAANNYA YANG BEGITU LUAR BIASA, JADI TIADA ALASAN LAGI UNTUK KITA MENGHARUNGI KEHIDUPAN INI DENGAN BIASA-BIASA SAHAJA. KITA DILAHIRKAN SEBAGAI PEMENANG, GENIUS, PEMIMPIN, KITA DILAHIRKAN SEBAGAI SALURAN KASIH SAYANG ALLAH SWT DIMUKA BUMI INI. PERCAYALAH…

DALAM PROSES MENJALANI PERJALANAN HIDUP INI, SETIAP INDIVIDU MEMILIKI SUKSES/KEJAYAAN DIRI TERSENDIRI YANG BUKAN MUDAH UNTUK DITIRU OLEH INDIVIDU LAIN. SETIAP MANUSIA YANG LAHIR DI DUNIA INI, AKAN MERJADI SATU TITIK SEJARAH YANG TIDAK PERNAH ADA LAGI SEBELUM INI. KITA TIDAK AKAN DAPAT MENYAMAI SESEORANG, TAPI KITA BOLEH JADI DIRI SENDIRI YANG LEBIH BAIK DARI ORANG LAIN.

UNIKNYA KITA ADALAH PADA RAHSIA DAN KUNCI KEJAYAAN KITA DAN INI BERBEZA PADA SETIAP ORANG, NAMUN IANYA HANYA MASUK DALAM SATU LUBANG KUNCI SAHAJA IAITU KEGAGALAN. FAKTA MEMBUKTIKAN BAHAWA BANYAK ORANG YANG BERJAYA DI MUKA BUMI INI MENGALAMI BANYAK KEGAGALAN SEBELUM BERJAYA DALAM HIDUPNYA. NAMUN, MEREKA MENYEDARI BAHAWA DI SETIAP KEGAGALAN ITU PASTI ADA KEJAYAAN, CUMA BELUM TERWUJUD LAGI.

TELAH DIKETAHUI BAHAWA JALAN YANG KITA LALUI MEMPUNYAI KAITAN YANG RAPAT DENGAN APA YANG KITA PILIH, TIADA APA YANG SALAH DENGAN JALAN YANG KITA PILIH ASALKAN TIDAK MENYALAHI SYARIAT ALLAH SWT DAN BIARKANLAH ALAM SEMESTA INI MENJADI SAKSI, RUANG MASA DAN WAKTU YANG MENJAWAB SEGALA PERSOALANNYA.

JALAN YANG DITEMPUH OLEH SETIAP INDIVIDU TIDAK SAMA, ADA YANG CEPAT DAN ADA YANG LAMBAT. LAMBAT ATAU CEPAT TAK ADA JUGA SALAHNYA, YANG SALAHNYA ADALAH YANG TIDAK PERNAH MELANGKAH DALAM PERJALANAN YANG DIPILIH. TIADA JALAN MUDAH DALAM MERAIH KEJAYAAN WALAUPUN ADA JALAN YANG PINTAS PUN PASTI BUKAN JALAN YANG MUDAH.

DALAM MENUJU JALAN PINTAS INI MEMERLUKAN PERJUANGAN YANG HEBAT DAN SEMANGAT YANG MEMBARA SERTA KOMITMEN YANG KONSISTEN DAN DIDUKUNGI OLEH KEPERCAYAAN YANG TINGGI, KESEDARAN YANG MURNI, PENGURUSAN YANG JELAS UNTUK DISIRAMI DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN KITA DENGAN PENUH KERELAAN, KEIKHLASAN, KEJUJURAN, KESABARAN DAN TINGKAH LAKU YANG MULIA.

Ahad, 18 Julai 2010

Bersahabat dengan Golongan Ghairul Islam dan Penganutnya

Barangkali ada perasaan ingin bertanya dan menjadi tutur-kata oleh sementara orang: bagaimana mungkin dapat diwujudkan suatu kebaikan, kasih-sayang dan pergaulan yang harmonis dengan golongan ghairul Islam, padahal al-Quran sendiri dengan tegas melarang berkasih-sayang dan bersahabat dengan orang-orang kafir, sebagaimana dinyatakan:
"Hai orang-orang yang beriman! Jangan kamu menjadikan orang Yahudi dan Nasrani sebagai ketua, sebagian terhadap sebagiannya. Barangsiapa menjadikan mereka sebagai ketua, maka dia itu tergolong mereka, sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang zalim. Maka kamu melihat orang-orang yang dalam hatinya itu ada penyakit, cepat-cepat pergi kepada mereka." (al-Maidah: 51-52)
Jawabnya: Bahwa ayat-ayat ini tidak mutlak, tidak mengenai setiap Yahudi dan Nasrani atau kafir. Kalau difahami demikian, niscaya akan terdapat kontradiksi antara ayat-ayat tersebut dengan nas-nas lainnya yang mengundang supaya dijalin saling pengertian dengan baik dengan seluruh pemeluk agama. Ditambah lagi dengan suatu perkenan kawin dengan ahli kitab dengan penegasan ayat-ayat alQuran yang antara lain berbunyi sebagai berikut:
"Allah menjadikan di antara kamu (suami-isteri) cinta dan kasih-sayang." (ar-Rum: 21)
Dan khusus tentang Nasrani Allah mengatakan:
"Sungguh kamu akan menjumpai dari antara orang kafir yang lebih dekat cintanya kepada orang-orang mu'min, yaitu orang-orang yang mengatakan: kami adalah orang-orang Nasrani." (al-Maidah: 83)
Dengan demikian, maka ayat-ayat al-Maidah: 51-52 di atas ditujukan untuk orang-orang yang menentang Islam dan yang memerangi kaum muslimin. Oleh karena itu tidak halal seorang muslim memberi bantuan dan saling bantu-membantu dengan mereka.
Inilah yang dimaksud dengan muwalat (bersahabat, mengangkat orang kafir sebagai ketua).
Dan dilarangnya pula kaum muslimin menjadikan mereka ini sebagai sahabat karib sehingga dengan mullah mereka dapat mengetahui rahasia-rahasia kita. Dan menjadikan mereka sebagai kawan yang bertugas sebagai infiltran yang dibiayai oleh golongan dan agamanya.
Terhadap mereka ini al-Quran dengan tegas menyatakan:
"Hai orang-orang yang beriman! Jangan kamu menjadikan sahabat karib orang-orang selain golonganmu, mereka itu tidak mau menolong kamu dari kecelakaan, mereka itu senang kalau kamu susah; sungguh telah nampak kebencian dari mulut-mulut mereka, sedang apa yang tersembunyi dalam hati mereka lebih besar. Sungguh kami telah menerangkan kepadamu ayat-ayat kami kalau kamu mau berfikir. Kamu ini adalah orang-orang yang kasih kepada mereka, tetapi mereka tidak mau kasih kepadamu." (ali-Imran: 118-119)
Ayat ini menjelaskan kepada kita tentang sifat-sifat mereka kepada kita, bahwa mereka itu menyembunyikan permusuhan dan kebenciannya kepada kaum muslimin dan telah dinyatakan dalam lidah mereka.
Dan firmanNya pula:
"Engkau tidak dapati orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhir itu menunjukkan kecintaannya kepada orang-orang yang menentang Allah dan RasuINya, sekalipun mereka itu ayah-ayahnya sendiri, anak-anaknya sendiri, saudara-saudaranya sendiri dan keluarganya sendiri." (al-Mujadalah: 22)
Orang yang menentang Allah dan Rasul tidak sekedar karena kufur tetapi justru karena mereka memusuhi Islam dan kaum muslimin.
Dan firman Allah:
"Hai orang-orang yang beriman! Jangan kamu jadikan musuhku dan musuhmu sebagai ketua, kamu tampakkan kepada mereka rasa cinta, padahal mereka telah kufur terhadap kebenaran yang datang kepadamu, mereka akan mengusir Rasul dan kamu juga, lantaran kamu beriman kepada Allah sebagai Tuhanmu." (al-Mumtahinah: 1)
Ayat ini diturunkan berkenaan dengan masalah persahabatan dengan orang-orang musyrik Makkah yang pada waktu itu mereka memerangi Allah dan Rasul, dan mengusir orang-orang Islam dari Makkah justru karena mereka mengatakan kami beriman kepada Allah.
Orang-orang seperti ini tidak boleh kita ajak bersahabat.

Kendatipun demikian, al-Quran tidak memutus harapan kejernihan mereka, dan tidak pula mengatakan sikap pesimis. Bahkan al-Quran memberikan suatu harapan kiranya dapat merombak sikap mereka itu dan menjernihkan hati mereka. Untuk itu dalam surah itu juga al-Quran mengatakan:
"Barangkali Allah akan menjadikan antara kamu dan antara orang-orang yang kamu musuhi itu perasaan cinta, sedang Allah Maha Kuasa, dan Allah pun Maha Pengampun dan Belas-kasih." (al-Mumtahinah: 7)
Peringatan al-Quran ini kiranya cukup dapat melunakkan ketajaman pertentangan dan berkobarnya api permusuhan. Sebagaimana disebutkan dalam salah satu hadis yang berbunyi sebagai berikut:
"Bencilah kamu kepada musuhmu itu sekedarnya saja, agar satu saat dia akan mencintaimu." (Riwayat Tarmizi dan Baihaqi)38
Lebih keras lagi haramnya berkawan dengan musuh, apabila mereka itu orang-orang kuat, optimis dan menakutkan, sehingga karenanya orang-orang munafik dan yang sakit hati berusaha untuk berkawan dengan mereka dan mengangkatnya sebagai kawan pelindung untuk memperkuat barisannya, dengan suatu harapan akan sangat berguna di hari esok,
Untuk itulah, maka Allah berfirman:
"Maka kamu akan melihat orang-orang yang dalam hatinya ada penyakit, pergi dengan cepat-cepat kepada mereka sambil berkata: kami takut akan mendapat kecelakaan, tetapi mudah-mudahan Allah akan mendatangkan kemenangan atau suatu urusan dari sisiNya, sehingga dengan demikian mereka akan menyesali apa-apa yang mereka rahasia akan dalam hati-hati mereka itu." (al-Maidah: 52) 
 "Beritahulah orang-orang munafik itu, bahwa mereka akan mendapat siksaan yang pedih, yaitu orang-orang yang menjadikan orang-orang kafir sebagai ketua, bukan kepada orang-orang mu'min. Apakah mereka mengharapkan kejayaan dari sisi mereka? Sesungguhnya kejayaan adalah milik Allah seluruhnya." (an-Nisa': 138-139)

Rabu, 7 Julai 2010

Resepi Tandoori Ikan



Bahan-bahan:

1 ekor ikan bawal (anggaran 1 kg) — Buang kepala dan ekor
6 ulas bawang putih
1 sudu teh jintan manis
½ sudu teh serbuk kunyit
Perahan jus dari sebiji lemon
4 sudu makan yogurt biasa
2 titik pewarna merah
Sedikit minyak sapi, buah pelaga dan serbuk cili
Cara penyediaan:
1. Kelar kedua-dua belah ikan, lumur keselurhan ikan dengan jus lemon, dan perap selama 10 minit.
2. Tumbuk jintan putih dan bawang putih. Satukan bahan yang telah ditumbuk dengan yoghurt, serbuk kunyit, garam dan pewarna.
3. Lumur ikan dengan bahan-bahan tadi dan perap lagi selama ½ jam.
4. Bakar atau salai ikan atas dapur arang. Lumur minyak sapi dan taburkan buah pelaga yang telah ditumbuk dan serbuk cili.

Tidak disengajakan

Dari Ibnu Abbas r.a, bahawasanya Rasulullah S.A.W bersabda:”Sesungguhnya Allah memaafkan bagiku dari umatku akan kesilapan dan kelupaan dan apa yang dipaksakan mereka atasnya.”
(Ibnu Majah dan al-Baihaqi)
 
Huraian
1. Perbuatan manusia adakalanya disertai dengan niat dan ikhtiar dan ada pula yang berlaku dengan sebab tersalah (tidak sengaja), terlupa atau dipaksa.
2. Ketiga-tiga perkara tersebut tidak dihukumkan sebagai satu kesalahan sebagaimana yang disebut dalam hadith kerana ia berlaku bukan di atas niat dan kerelaan oleh orang yang melakukannya dan oleh itu hukumannya berbeza dengan orang yang melakukannya dengan niat (disengajakan).
3. Sesungguhnya tiap-tiap perbuatan yang dihukum tidak sahaja dilihat kepada zahirnya tetapi ditinjau juga sampai ke dalam hati orang yang melakukannya. Ini memberi erti bahawa Islam mengambil berat terhadap kesedaran hati manusia dalam melaksanakan sesuatu perbuatan yang dikehendakinya kerana kesedaran itu menjadi bukti tanggungjawab seseorang atas perbuatannya di mana salah atau tidak perbuatan itu adalah dalam pengetahuannya dan dialah yang menanggung akibat atau dosanya kelak.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...