Rabu, 19 Mei 2010

Aku Mahu Belajar


"Aku hidup untuk belajar. Aku belajar dari kehidupan. Aku mahu belajar dari kehidupanku sendiri, juga kehidupan orang lain"

"kita tidak perlu memaksa orang lain menerima pandangan kita. Begitujuga orang lain tidak boleh memaksa kita menerima pandangan mereka. Pun begitu, kita diberikan akal yang sehat. Oleh itu, nilailah dengan hati yang dingin, tanpa sentimen dan kejumudan"

"Ilmu bermula dari keraguan. Falsafah berangkat dari pertanyaan. Oleh itu, aku perlu mencari ilmu untuk hilangkan keraguanku, dan Aku perlu berfalsafah untuk menyempurnakan kefahamanku"

Selasa, 18 Mei 2010

KERJA...OH...KERJA..

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum..


Alhamdulillah baru dapat menulis dan bercerita tentang diri sendiri semenjak wujudkan blog ni..
baru merangkak belajar buat blog sendiri..hehee.

Hari ni masuk hari kedua saya bekerja. Seronok walaupun rasa pelik. Kenapa? Ada la sebabnya..huhu

Setiap hari, jam, minit, saat (maksudnya masa la tu..) kita akan belajar banyak perkara tentang hidup dan kehidupan. Bagaimana perlu berjuang melawan nafsu yang kadang-kadang malas walaupun keje masih baru lagi..hihi, bagaimana nak berurusan dengan orang yang kita tak pernah pun terfikir nak/akan jumpa, berurusan dengan makhluk-makhluk yang tak bernyawa (cara-cara nak handle pejabat la..) dan yang paling penting bagaimana kita nak menguruskan masa.

Masa itu KEHIDUPAN tau!

Anyway, sape pun kita, sentiasalah lihat orang yang hadir di sekeliling kita dan juga alam persekitaran sebabnya dari situ terlalu banyak perkara yang kita boleh belajar.



SEMOGA BERJAYA menempuh alam pekerjaan.
TERIMA KASIH YANG TIDAK TERNILAI buat bos-bos saya yang saya sayangi.



Isnin, 17 Mei 2010

Pengaruh kawan

Sikap kawan di tempat kerja mempengaruhi tahap motivasi kerja kita

Kawan di tempat kerja boleh mempengaruhi tahap motivasi kerja.
Bila kita dekat dengan orang yang rajin, bersemangat serta suka dengan kerja yang dilakukannya, serta merta kita juga akan terjangkit tabiat yang sama. Kesannya, kita akan turut jadi bermotivasi seperti dia.

People see, people do.

Apabila kita selalu berada dekat dengan orang yang malas bekerja, melaksanakan tugasan seadanya dan kurang ada inisiatif untuk memajukan diri, kesannya kita akan turut terjangkit perkara yang sa

ma. Kita akan selesa dengan sikap seperti dirinya, maka kita juga akan jadi malas bekerja, suka melaksanakan tugasan seadanya dan kurang ada inisiatif untuk memajukan diri dalam bidang kerja sekarang ini.

Untuk menikmati keseronokan bekerja, Anda perlu berkawan rapat dengan orang suka dengan kerjanya. Elakkan berkawan dengan orang yang selalu mengomplen-ngomplen pasal kerjanya, mengomel-ngomel dan menampakkan kemalasan sebab Anda akan terjangkit perkara yang sama. Sampai bila pun Anda tak akan dapat merasai motivasi kerja.

Sikap orang lain boleh mempengaruhi kita tanpa kita sedari. Nak cemerlang dalam bekerja, kita kena dekat-dekatkan diri dengan orang yang cemerlang sikapnya, yang ada motivasi kerja. Barulah kita merasa ada dorongan motivasi ketika bekerja sebab kita nampak kawan kita sendiri bersemangat bekerja di depan mata kita.

Pahalanya Tetap Ada


Abu Hurairah r.a menerangkan bahawasanya Rasulullah SAW bersabda maksudnya: “ Seorang lelaki berkata : “Demi Allah saya akan memberi sedekah. Maka dia keluar membawa sedekahnya lalu diletakkannya di dalam tangan pencuri. Maka pada paginya, orang ramai pun memperkatakan hal tersebut. Mereka berkata : “ Telah diberi sedekah kepada pencuri. Si pemberi itu berkata : “Wahai Tuhan ku, hanya untuk Engkaulah segala puji-pujian. Demi Allah, saya akan sedekahkan satu sedekah lagi. Maka dia keluar membawa sedekahnya lalu diletakkan di tangan wanita penzina. Pada pagi hari itu orang ramai pun memperkatakan hal tersebut. Mereka berkata : “Telah diberikan sedekah kepada wanita penzina. Orang tersebut berkata : “Wahai Tuhan ku, hanya untuk Engkaulah segala puji-pujian. Demi Allah saya akan memberikan satu sedekah lagi. Maka dia keluar membawa sedekahnya lalu diletakkan di tangan orang kaya. Pada pagi hari itu orang ramai memperkatakan hal tersebut. Mereka berkata : “Telah diberikan sedekah kepada orang kaya. Orang itu berkata : “Wahai Tuhan ku, hanya untuk Engkaulah segala puji-pujian terhadap si pencuri, si penzina dan terhadap si kaya. Kemudian datanglah seseorang kepadanya dalam tidurnya lalu berkata kepadanya : “Sedekah mu kepada si pencuri, mudah-mudahan ia akan memelihara dirinya daripada mencuri, manakala kepada wanita penzina mudah-mudahan ia akan memelihara dirinya daripada berzina dan orang kaya mudah-mudahan ia akan mengambil ibarat lalu menafkahkan sebahagian harta yang telah Allah berikan kepadanya.” (al-Bukhari dan Muslim)

Huraian
Sesungguhnya sedekah yang diberikan dengan niat yang baik akan diterima Allah walaupun tidak jatuh pada orang yang selayaknya.


Khamis, 6 Mei 2010

Rojak Sotong Kangkung


Bahan-Bahan:

2 ekor sotong yang telah kembang
1 biji timun
1 ikat kangkung
½ mangkuk kecil kacang tanah yang telah ditumbuk halus
½ mangkuk sos tomato
2 sudu besar petis

2 sudu besar bijan goreng
2 keping tauhu
½ mangkuk cili boh
1 cawan air
Garam, gula dan serbuk perasa secukupnya

Cara:

Sotong dan kangkung dicelur hingga empuk. Kemudian diangkat, toskan airnya dan dipotong-potong. Tauhu digoreng kemudian dipotong kecil. Tomato sos, cili boh dan petis disatukan dalam periuk kemudian tambah air 1 cawan dan biarkan mendidih. Bila mendidih masukkan separuh dari kacang tumbuk dan bijan kemudian dikacau hingga rata dan mendidih. Masukkan sotong, kangkung, tauhu dan timun di dalam pinggan sesudah itu tuangkan kuah di atasnya dan hidangkan.

2 sikap untuk mencapai kejayaan

1. Mengubah diri menjadi orang yang bersikap baik sepenuhnya.

Kita tak akan dapat mengecapi kejayaan jika kita kekal dengan sikap sekarang ini. Kita kena ubah kepada sikap yang lebih baik supaya kita dapat mencapai tahap pencapaian yang lebih baik lantas membuat kita muncul lebih cemerlang dari orang-orang di sekeliling kita. Sikap yang baik, mendorong kita mengambil tindakan yang baik, hasilnya kita beroleh pencapaian yang baik-baik.

Mulai hari ini, ubah diri kita. Perbaiki sikap, cara bercakap, cara bergaul, cara kita memandang orang lain dan ubah persepi kita terhadap kehidupan. Hidup ini tidak kejam sebenarnya, tapi kita yang kejam pada diri sendiri sebab kita tak mengubah perangai kita dan tindakan kita menjadi perangai baik dan tindakan yang baik untuk kita mendapat hasil yang baik.

Sama-samalah kita ingat mengingati. Ubah diri menjadi seseorang yang baik, supaya kita dapat mencapai kejayaan, seperti yang kita idamkan. Baik kepada orang lain, baik kepada diri sendiri.

2. Berbakti kepada orang lain.

Sebuah perniagaan, sama ada yang menjual barangan ataupun yang menawarkan perkhidmatan, jika dikaji sebenarnya merupakan bakti kepada masyarakat. Untuk sesebuah perniagaan tu muncul jadi perniagaan berjaya, kena terlebih dahulu menaburkan bakti, memberi produk berkualiti serta perkhidmatan yang memuaskan hati.

Selepas tu barulah ramai orang akan membeli produk yang ditawarkannya, menggunakan perkhidmatan yang diberikan olehnya. Sama juga dengan diri kita. Untuk kita berjaya dalam pelajaran, kekeluargaan, kerjaya, perniagaan dan kewangan, kita kena berbakti dulu kepada orang lain. Dalam proses berusaha mencapai kejayaan, kita tak akan dapat menolak dari tidak melibatkan orang lain dalam hidup kita.

Kita memerlukan orang lain untuk kita menimba ilmu daripada mereka kemudian kita akan perlukan seseorang yang lain untuk kita curahkan ilmu yang kita ada supaya kita dapat menimba lebih banyak ilmu, dua kali ganda banyaknya dari jumlah sebelum tu.

Tadi kita kena ubah diri menjadi diri kita yang baru, dengan sikap baru, mindset baru, akhlak baru yang lebih baik. Sekarang, kita kena menabur bakti dengann bersikap baik. Apa yang kita berikan pada orang lain, kita akan dapat balik satu hari nanti dengan jumlah ‘double‘.

Yee Mee Kung Fu


Bahannya :
Yee Mee
Sayur - carot, sawi & cili merah (ikut suka )
Fish ball, fish cake dan udang
telur
serbuk perasa
serbuk lada hitam
kuib ayam
air
tepung jagung - untuk pekatkan kuah

Caranya :
  1. basuh sayur - potong ikut suka
  2. potong fish ball , fish cake
  3. siang udang
  4. untuk kuah nya
  5. jerang air hingga mendidih masukkan fish ball, fish cake
  6. telur, serbuk perasa, kiub ayam, serbuk lada hitam
  7. kacau supaya telur tak berketul
  8. masukkan tepung jagung (campur ngan air sikit)
  9. masukkan semua sayur - kacau
  10. masukkan yee mee dan udang
  11. hidangkan masa panas2
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...