Rabu, 4 Ogos 2010

JALAN PINTAS BUKAN JALAN MUDAH


PADA DASARNYA, SIFAT MANUSIA ADALAH TERGESA-GESA, TIADA SALAHNYA DENGAN SIFAT INI NAMUN JIKA TIDAH DIKAWAL SECARA BETUL DAN BAIK BOLEH MEMBAWA MASALAH DALAM PERJALANAN HIDUP KITA INI.

SEMUA MANUSIA INGINKAN KEBAHAGIAAN DAN MERAIH KEJAYAAN DALAM HIDUP. NAMUN, BERAPA BANYAK KESEDARAN YANG KITA ADA DALAM MERAIHNYA? KERANA TERKADANG KITA INGIN BERJAYA TAPI DENGAN MEMILIH MELALUI JALAN YANG PALING PINTAS.

DALAM MELEWATI PERJALANAN HIDUP INI, SETIAP INDIVIDU DIBERI KUASA PENUH OLEH ALLAH SWT DENGAN IZINNYA UNTUK MEMILIH JALAN HIDUPNYA. YANG TERPENTING ADALAH BERANI MENGAMBIL RISIKO SERTA BERTANGJAWAB ATAS SEGALA PILIHAN KITA DAN SABAR ATAS UJIAN, ONAK DAN DURI DALAM HIDUP, KERANA SEGALA UJIAN INI ADALAH SATU PROSES PEMBELAJARAN UNTUK KITA MENUJU JATI DIRI YANG SEJATI.

DALAM PERJALANAN HIDUP INI TENTU ADA HALANGAN, RINTANGAN DAN PELBAGAI UJIAN DAN CUBAAN DAN DI SINILAH SEMUA INDIVIDU MENGALAMI PERBAGAI REAKSI DAN RESPON MASING-MASING DALAM MENYELESAIKANNYA. SEMUA TINDAK TANDUK INI ADALAH BERGANTUNG PADA SUDUT PANDANGAN KITA DALAM MENILAINYA DAN YANG PASTINYA APA PUN PILIHAN KITA PASTI AKAN BERBALIK KEMBALI KEPADA KITA DAN MENJADI SEBAHAGIAN DARIPADA HIDUP KITA YANG HARUS DIPERTANGGUNGJAWABKAN SECARA ZAHIR DAN BATINNYA. JIKA TAK BERANI TANGGUNG RISIKO, SUSAH UNTUK KITA DAPATKAN HASIL YANG BAIK.

TANPA DISEDARI ATAU TIDAK, KITA ADALAH WAKIL SANG PENCIPTA YANG TERBAIK DIKALANGAN SEMUA MAKHLUK CIPTAANNYA UNTUK MENTADBIR ALAM DI DUNIA INI. KITALAH MAKHLUK LUAR BIASA DAN PALING HEBAT CIPTAANNYA DI SINI, MAKA, CUBA RENUNG SEJENAK MAKNA LUAR BIASA DAN HEBAT INI.

RENUNGKAN, DALAM OTAK KITA YANG KECIL INI SAJA DAPAT MENGHASILKAN KARYA-KARYA YANG LUAR BIASA HEBATNYA KERANA KITA ADA JIWA YANG MEMPUNYAI SIFAT YANG SAMA DENGAN ASMA ALLAH SWT DALAM DIRI INI UNTUK KITA RASAINYA.

FAKTA MEMBUKTIKAN BAHAWA HATI MANUSIA ITU PENUH DENGAN KASIH SAYANG, BELAS KASIHAN, MEMAAFKAN, KEDAMAIAN, KEBAHAGIAAN, INGINKAN KEKAYAAN, KEKUASAAN DAN KEMERDEKAAN DAN BANYAK LAGI… BUKANKAH ITU SEMUA SIFAT SANG PENCIPTA KITA (ALLLAH SWT)? SUNGGUH, KITA INI MERUPAKAN MAKHLUK CIPTAANNYA YANG BEGITU LUAR BIASA, JADI TIADA ALASAN LAGI UNTUK KITA MENGHARUNGI KEHIDUPAN INI DENGAN BIASA-BIASA SAHAJA. KITA DILAHIRKAN SEBAGAI PEMENANG, GENIUS, PEMIMPIN, KITA DILAHIRKAN SEBAGAI SALURAN KASIH SAYANG ALLAH SWT DIMUKA BUMI INI. PERCAYALAH…

DALAM PROSES MENJALANI PERJALANAN HIDUP INI, SETIAP INDIVIDU MEMILIKI SUKSES/KEJAYAAN DIRI TERSENDIRI YANG BUKAN MUDAH UNTUK DITIRU OLEH INDIVIDU LAIN. SETIAP MANUSIA YANG LAHIR DI DUNIA INI, AKAN MERJADI SATU TITIK SEJARAH YANG TIDAK PERNAH ADA LAGI SEBELUM INI. KITA TIDAK AKAN DAPAT MENYAMAI SESEORANG, TAPI KITA BOLEH JADI DIRI SENDIRI YANG LEBIH BAIK DARI ORANG LAIN.

UNIKNYA KITA ADALAH PADA RAHSIA DAN KUNCI KEJAYAAN KITA DAN INI BERBEZA PADA SETIAP ORANG, NAMUN IANYA HANYA MASUK DALAM SATU LUBANG KUNCI SAHAJA IAITU KEGAGALAN. FAKTA MEMBUKTIKAN BAHAWA BANYAK ORANG YANG BERJAYA DI MUKA BUMI INI MENGALAMI BANYAK KEGAGALAN SEBELUM BERJAYA DALAM HIDUPNYA. NAMUN, MEREKA MENYEDARI BAHAWA DI SETIAP KEGAGALAN ITU PASTI ADA KEJAYAAN, CUMA BELUM TERWUJUD LAGI.

TELAH DIKETAHUI BAHAWA JALAN YANG KITA LALUI MEMPUNYAI KAITAN YANG RAPAT DENGAN APA YANG KITA PILIH, TIADA APA YANG SALAH DENGAN JALAN YANG KITA PILIH ASALKAN TIDAK MENYALAHI SYARIAT ALLAH SWT DAN BIARKANLAH ALAM SEMESTA INI MENJADI SAKSI, RUANG MASA DAN WAKTU YANG MENJAWAB SEGALA PERSOALANNYA.

JALAN YANG DITEMPUH OLEH SETIAP INDIVIDU TIDAK SAMA, ADA YANG CEPAT DAN ADA YANG LAMBAT. LAMBAT ATAU CEPAT TAK ADA JUGA SALAHNYA, YANG SALAHNYA ADALAH YANG TIDAK PERNAH MELANGKAH DALAM PERJALANAN YANG DIPILIH. TIADA JALAN MUDAH DALAM MERAIH KEJAYAAN WALAUPUN ADA JALAN YANG PINTAS PUN PASTI BUKAN JALAN YANG MUDAH.

DALAM MENUJU JALAN PINTAS INI MEMERLUKAN PERJUANGAN YANG HEBAT DAN SEMANGAT YANG MEMBARA SERTA KOMITMEN YANG KONSISTEN DAN DIDUKUNGI OLEH KEPERCAYAAN YANG TINGGI, KESEDARAN YANG MURNI, PENGURUSAN YANG JELAS UNTUK DISIRAMI DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN KITA DENGAN PENUH KERELAAN, KEIKHLASAN, KEJUJURAN, KESABARAN DAN TINGKAH LAKU YANG MULIA.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...