Home Tutor

INGIN JANA DUIT POKET DENGAN MENGAJAR??
MENGAJAR PELAJAR DI RUMAH PELAJAR
HOME TUISYEN SPM, PMR & UPSR

Anda berminat untuk menambah wang saku tetapi anda masih tidak ada idea apa yang perlu dilakukan. 

Usah bimbang,ramai daripada kita masih tercari-cari peluang untuk menambah pendapatan

Sekarang panduan untuk menjana pendapatan ketika anda masih belajar telah tersedia. 

Tinggal Nak/ Tidak sahaja.

Ketahui bagaimana pelajar IPT mampu mempunyai
pendapatan walaupun masih belum tamat belajar.

Wang saku yang diberi ibu bapa sering tidak cukup
dan anda mahu lebih.

Anda risau dengan hutang PTPTN? Anda rasa tidak
mampu untuk membayarnya. Malah cepat pula habisnya.

Seorang remaja sudah tentu mahukan gadjet terkini,
iPod, handphone canggih, jam tangan dan baju yang kemas.
Tetapi tiada wang untuk membelinya. Jangan risau, anda
boleh mendapatkannya.

Anda seorang pelajar yang berasal dari kampung
yang serba kekurangan. Anda ingin membantu
meringankan beban orang tua di kampung?


 
JOM JANA DUIT POKET DENGAN MENGAJAR


Sebagai guru home tuisyen anda hanya perlu mengajar sahaja”

Apa yang perlu anda lakukan mudah sahaja:
1. Mengajar perkara asas & mudah supaya pelajar faham & menjadi semakin mahir & cekap. Hasilnya minat pelajar meningkat.
2. Membantu pelajar memahami subjek yang susah satu per satu.
3. Mengajar pelajar teknik faham dengan cepat & mudah.
4. Memudahkan pelajar menguasai subjek dan skor A dalam peperiksaan.
5. Pelajar belajar Teknik memori untuk ingat dengan lebih berkesan.
6. Memberi semangat & dorongan supaya pelajar lebih bersemangat untuk faham & pandai. Hasilnya, mereka kurang keinginan untuk ponteng kelas.
7. Mengajar teknik penguruskan masa agar usaha pelajar untuk skor A lebih mudah.

“Matlamat utama kami adalah melahirkan pelajar yang berjaya

Ini bukan hanya janji kosong semata. Kami akan sentiasa belajar & fikirkan cara mengajar yang paling baik & berkesan.

Terdapat beberapa etika/ prinsip penting & teknik mengajar yang kami praktikkan agar segala janji tertunai.

“Guru kami ada 15 tahun pengalaman belajar”

Jadi, kami akan sentiasa memperbaharui dan meningkatkan kemahiran mengajar.

“Guru kami juga berazam untuk menjadi pakar dalam subjek yang diajar”
Yang dimaksudkan Berjaya pada kami adalah:
1. Berjaya mendapat gred A sedangkan sebelum ini gred D.
2. Berjaya meningkatkan prestasi pelajar dengan teknik-teknik tertentu.
3. Berjaya mengubah cara belajar pelajar kepada cara yang lebih berkesan.
6 sebab mengapa ada baiknya anda memilih home tuisyen kami:
1. Membantu mengasah bakat & pengalaman Belajar & Mengajar
2. Anda dapat meningkatkan Kebolehan & Bakat anda
3. Hanya mereka yang minat & bersungguh sahaja akan menyertai
4. Cara mengajar mengikut kajian terbaru & berkesan
5. Jumah pelajar kecil (< 3 orang)
6. Guru muslim
SASARAN:
1. Pelajar Tingkatan 4 dan 5 (SPM)
2. Pelajar Tingkatan 1, 2 dan 3 (PMR)
3. Pelajar Darjah 4 dan 5 (UPSR)

SUBJEK:
BM
BI
Math
Sains
Sejarah
Geografi
Biologi
Kimia
Fizik
Add Math
Akaun
Ekonomi

BAYARAN GAJI /jam : (Mengajar dahulu sebelum dibayar gaji)
SPM
PMR
UPSR
RM 30 sejam
RM 25 sejam
RM 20 sejam

JADUAL WAKTU MENGAJAR:
• Mengikut pelajar (1 jam= 1 subjek)
• Akan diberitahu Pihak Pengurusan
• Isnin- Jumaat: (8.00- 10.00)malam
• Sabtu & Ahad: (8.00 pagi – 6.00 petang) & (8.00- 10.00)malam
• Panggilan di luar waktu tidak akan dilayan.

SEKIRANYA BERMINAT:
1. Pillih subjek yang anda pakar, 1 subjek=1 jam. 
(contoh: sains & math SPM)
2. Masa & Kekerapan akan diberitahu oleh pihak pengurusan.
3. Sertakan resume ringkas beserta gambar.
4. Hubungi Pihak Pengurusan
5. Hadiri temu duga
6. Mula Mengajar di rumah pelajar.

HUBUNGI KAMI:
Pengurus Home Tuisyen
Pembantu Home Tuisyen
Cik Irmy Juliza Bt Abdul Rahman
Cik Erwin Syammimi Bt Abd Rahman
Degree in Science Biologi
Degree in Science Biologi
019-6347991
013-4619365
irmyjuliza.blogspot.com


GARIS PANDUAN UNTUK GURU

Bayaran yang diterima semasa mengajar tuisyen.

1. Untuk pengetahuan guru, pihak pengurusan yang akan menetapkan harga bagi Home Tuisyen ini. Boleh lihat page Home Tuisyen.
2. Pelajar akan membuat pembayaran tuisyen hanya dengan pihak pengurusan sahaja.
3. Pelajar perlu membuat pembayaran tuisyen dahulu, kemudian barulah cikgu boleh mengajar.
4. Sekiranya terlewat bayar, ia tidak bermaksud kita perlu keluarkan pelajar dari tuisyen.
5. Pihak pengurusan akan menghubungi ibubapa dan penjaga bertanyakan sebab pembayaran lambat.
6. Ini dapat mengurangkan risiko pelajar tidak membayar di kemudian hari.
7. Guru akan diminta mengajar dahulu sebelum dibayar dengan gaji.

Pengurusan masa Guru tuisyen
1. Tuisyen menawarkan kebebasan masa.
2. Guru dikehendaki mengambil kira masa yang hendak diluangkan bagi mengelakkan guru menjadi terlalu letih hingga menganggu kerja.
3. Sekiranya guru masih belajar, adakah ia menganggu konsentrasi pelajaran guru?
4. Mengajar kadangkala memenatkan.
5. Jangan sampai rasa penat merendahkan kualiti pengajaran.

Lokasi Guru mengajar
1. Lokasi tempat mengajar adalah sekitar Shah Alam sahaja.
2. Ini akan ditentukan oleh pihak pengurusan.
3. Pihak pengurusan akan cuba mencari tempat mengajar yang tidak jauh dari tempat tinggal guru.

Guru yang mengajar di pusat tuisyen lain
• Guru dinasihatkan agar dapat menguruskan masa dengan baik supaya tidak terkejar-kejar keluar dari kelas selepas masa tamat kerana hendak pergi ke pusat tuisyen lain.
• Kalau boleh elakkan berada dalam situasi ini.


Pastikan jarak masa mencukupi antara 1 kelas dengan kelas lain.
1. Minda akan merasa penat selepas mengajar 1/ 2 kelas.
2. Jadi sebaik-baiknya peruntukkan masa sekurang-kurangnya 15/ 20 minit untuk rehat.
3. Ini menjamin rasa tenang & gembira semasa mengajar.

Mula & habis mengajar tepat pada masa
1. Amalkan mula mengajar tepat pada waktu yang ditetapkan
2. Contoh: jadual mengajar jam 8.00 malam dan apabila tepat jam 8.00 malam guru akan mula mangajar.
3. Ini baik bagi:
• Ia menunjukkan kita adalah guru yang berdisiplin & tegas dalam menjaga masa.
• Ia adalah bonus kepada pelajar yang datang awal. Mereka dapat member tumpuan yang lebih.
• Ia adalah amaran kerugian kepada pelajar yang datang lambat kerana mereka tahu yang guru tidak menunggu mereka. Jadi ada lebih insentif untuk mereka datang lebih awal.
4. Amalkan juga tamat mengajar tepat pada waktunya walaupun guru masih bersemnagat dan rasa seronok mengajar.
5. Ini baik bagi:
• Apabila masa tamat, minda pelajar membunyikan loceng tamat masa belajar walaupun guru mengajar dengan cara yang menyeronokkan.
• Mereka akan mula rasa gelisah dan tidak sabar keluar.
• Akibatnya mereka hilang focus.
• Pelajar mungkin ada komitmen lain. Sekiranya lewat, kita mencuri masa pelajar.

Nilai tambah pada perkhidmatan
1. Sediakan rekod & laporan tentang pelajar setiap bulan.
• Luangkan sedikit masa & usaha merekodkan markah latihan & ujian.
• Pada setiap bulan, berikan sedikit laporan prestasi pelajar kepada ibu bapa.
• Perkara ini amat dihargai oleh ibu bapa.
2. Kongsikan artikel motivasi/ teknik belajar bersama pelajar.
• Perhatikan kelemahan pelajar & cari artikel yang berkenaan untuk pelajar baca.
• Artikel berkenaan cara membantu anak menjadi pelajar cemerlang kepada ibu bapa.
3. Berikan 1 sesi perbincangan percuma kepada ibu bapa/ penjaga.
• Duduk berbincang bukan sahaja membuat mereka lega malah kita boleh mencungkil maklumat yang mereka harapkan daripada kita.
• Maklumat ini membuatkan kita lebih berkesan dalam menjalankan tugas.
4. Tunjukkan keprihatinan dengan menghubungi ibu bapa/ penjaga melalui telefon.
• Jangan hanya menelefon apabila mereka tidak membayar yuran tuisyen.
• Tanya khabar dan masalah berkaitan belajar yang mereka hadapi.
5. Tunjukkan penghargaan kepada pelajar dengan cara memberikan mereka sesuatu.
• Ia tidak perlu sesuatu yang mahal.
• Mungkin beri coklat kerana Berjaya meningkatkan prestasi.
• Fikirkan sesuatu yang tidak terlalu mahal tetapi bernilai kepada pelajar.



Sekian sahaja, panduan untuk semua guru.
Jangan lupa hubungi kami terus jika berminat.
Terima Kasih
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...