Bahan-bahannya 4 ekor ayam spring chicken Bahan untuk dikisar 2 sudu besar serbuk cili 2 sudu besar serbuk ketumbar 1 ½ sudu teh serbuk jintan halus 2 batang serai 1 inci halia 1 inci kunyit hidup ¼ inci lengkuas 2 ulas bawang putih (besar, jika kecil guna 3 ulas) 1 biji bawang besar 2 sudu besar air limau kasturi 3 sudu besar gula pasir 3 sudu besar gula timbang 3 sudu besar madu garam secukup rasa serbuk perasa jika suka | |
Cara-caranya Ayam dibersihkan dan dilumur dengan rempah yang telah dikisar. Kemudian ayam diperap selama 30 minit, sebaiknya kalau boleh perap semalaman rasanya rempahnya akan lebih sebati dengan ayam. Panaskan ketuhar pada suhu 170 – 180’C. Atur ayam yang telah diperap diatas loyang dan boleh anda letak sedikit mentega supaya bila dibakar rasanya lebih sedap. Bakar selama 30 minit atau sehingga ayam tersebut masak. Sedia untuk dihidang. |
Isnin, 26 April 2010
Ayam Bakar Madu
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan