Amalan  memakan sebiji epal hijau setiap hari sememangnya digalakkan.  Lebih-lebih lagi bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan. Ini  kerana ia bukan sekadar mempunyai pelbagai khasiat malahan ia juga mampu  mengurangkan kadar kolesterol dalam badan.
Epal  hijau mengandungi zat besi, magnesium, potasium, kalsium, soldium,  vitamin C, vitamin A dan vitamin B serta merupakan sumber serat yang  mudah larut. Kita digalakkan memakan epal bersama dengan kulitnya kerana  sebahagian kandungan vitamin C terletak di bawah kulitnya.
Epal hijau boleh membantu mencegah:
- Pembinaan kolesterol dalam dinding salur darah.
 - Mengurangkan risiko penyakit jantung.
 - Membantu kesihatan membran paru-paru.
 - Membantu kesihatan tulang dengan menambah bahan kimia (boron) pada mineral tulang.
 - Membantu kesihatan sistem kardiovaskular dengan mengekalkan tahap kolesterol darah.
 - Membantu mengekalkan berat badan.
 - Mengurangkan tekanan penyakit asma.
 - Mengurangkan risiko barah.
 
Bagi  mereka yang mempunyai masalah sembelit atau penghadaman, kisarkan epal  hijau dengan saleri dan diminum setiap pagi sebelum sarapan. Ia dapat  membersihkan saluran usus serta membuang toksid dengan pantas menerusi  sistem pencernaan. Zat masam epal hijau merupakan pembersih tubuh yang  sangat baik.
Epal  hijau juga bertindak sebagai penyegar kulit wajah. Potong epal hijau  dan rendamkan seketika di dalam air batu selama 5 minit. Kemudian  letakkan di muka, biarkan selama 15 minit. Anda akan dapat rasakan  kesegarannya. Jika diamalkan selalu ia boleh melicinkan kulit.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan