Rabu, 30 Jun 2010

Zinnirah..

Zinnirah menerima hidayah Allah pada peringkat awal dakwah Rasulullah S.A.W iaitu semasa baginda S.A.W berdakwah secara sembunyi-sembunyi di kalangan rakan karib baginda. Dalam sejarah Islam, golongan yang pertama memeluk Islam inilah yang banyak menerima ujian daripada Allah SWT.
Zinnirah adalah seorang gadis yang berasal dari Rome. Kehidupan keluarganya sangat miskin dan dalam keadaan serba kekurangan. Ketika berlaku satu peperangan besar di Rome, Zinnirah terpisah daripada keluarganya lalu menjadi tawanan perang. Sejak itu dia dijual sebagai hamba dan sering bertukar tangan. Sepanjang menjadi hamba abdi, Zinnirah dilayan dengan kasar dan adakalanya diperlakukan seperti binatang oleh tuannya.
Suatu hari Zinnirah berkenalan dengan seorang hamba yang senasib dengannya. Perkenalan itu akhirnya membawa Nur Islam dalam diri Zinnirah kerana hamba itu menerangkan ajaran yang disampaikan oleh Rasulullah S.A.W. Penerangan yang tulus itu membuka hati Zinnirah untuk memeluk Islam. Namun, dia terpaksa melakukan ibadat secara rahsia kerana tuannya memusuhi Islam.
Nasibnya lebih malang apabila dia bertukar tangan kepada bangsawan Quraisy yang sangat berpengaruh masa itu, Umar Al-Khattab. Ketika itu, Umar belum memeluk Islam dan juga tidak mengetahui keIslaman Zinnirah. Umar yang sangat memusuhi Rasulullah S.A.W terkenal dengan bengis dan kasarnya sehingga digeruni, baik lawan maupun kawan. Akhirnya, Umar mengetahui mengenai keIslaman Zinnirah apabila suatu hari dia mendengar gadis itu membaca al-Quran. Ini menimbulkan kemarahan Umar yang mahu menghukumnya dengan siksaan berat.
"Tahukah kamu apa hukuman yang layak untukmu?" Tanya Umar keras dengan wajah bak singa sambil mengheret Zinnirah ke tengah padang pasir. Di situ, Umar mengikat kaki dan tangan Zinnirah dan menjemurnya di tengah panas terik. "Inilah caranya supaya kamu insaf," katanya lalu meninggalkan Zinnirah di situ. Walaupun mukanya perit dipanah matahari dan kehausan, Zinnirah tabah menghadapi penderitaan itu sambil mulutnya tidak berhenti membisikkan Allah.. Allah...

Apabila melihat hamba abdinya belum insaf, Umar menyeretnya ke pinggir kota dan mengikatnya di tiang. Dia menyuruh orang mengorek mata Zinnirah sehingga buta (ada juga sumber menceritakan dicucuk dengan besi panas). "Ini untukmu Ya Allah. Aku mengharungi kesengsaraan ini untuk mendapat kesenangan di akhirat kelak. Perjuangan ini sememangnya berat, selalu menderita dan sengsara kerana aku sedar untuk mendapat syurga aku terpaksa menagih ujian berat, sedangkan neraka itu dipagari oleh pelbagai kesenangan." Inilah rintihan hati Zinnirah kepada Allah S.W.T ketika bermunajat kepada Allah S.W.T di setiap malam sebagai penawar jiwa di atas segala kesusahan yang dia hadapi. Pengorbanan Zinnirah mendapat cercaan kaum musyrikin Mekah. Pelbagai cacian dilemparkan kepadanya. Mereka mengatakan Zinnirah buta kerana dilaknat oleh tuhan Latta dan Uzza. Mereka mencabarnya kerana Zinnirah mempertahankan diri dengan mengatakan dirinya buta bukan kerana tuhan mereka, sebaliknya ia adalah perbuatan Umar dan Allah mengizinkan ianya berlaku.
Penderitaannya itu akhirnya sampai ke pengetahuan Abu Bakar as-Siddiq yang membeli Zinnirah dengan harga tinggi. Sejak itu, dia tekun beribadat dan dengan kurnia Allah, kedua-dua matanya yang buta itu bercahaya semula. Peristiwa yang mengagumkan ini menyebabkan ramai orang Quraisy memeluk Islam.


~ Kalau nak nasyid, boleh lawati tag Sebiru Hari Ini. Ada lirik disediakan..Selamat Menghayati kisah perjuangan ini.Moga kita juga mendapat roh kekuatan untuk membeli syurga Allah S.W.T..ameen. =)

Isnin, 28 Jun 2010

BERTEMAN 3M BERSAHABAT 3M

SEDAR ATAU TIDAK, SETIAP SAAT KITA SENTIASA DITEMANI DENGAN 3M (MALAS, MINDER DAN MALU). DAN KITA JUGA SERING MENGELAK MELAKUKAN SESUATU DENGAN ALASAN YANG DAPAT DIPERTANGGUNGJAWABKAN. PERCAYALAH, SEKALI KITA CUBA BERBOHONG, MAKA KITA AKAN BERBOHONG KEMBALI DENGAN ALASAN YANG SAMA. TERUS MENERUS BERTEMANKAN 3M. 

SUDAH TIBA MASANYA KITA BELAJAR MENGUBAH MINDSET KITA. MENGUBAH DENGAN BERSAHABAT DENGAN 3M JUGA (MAHU, MAMPU DAN MAJU PANTANG MUNDUR).

MARI KITA RENUNG SEJENAK, APA MANFAAT SIFAT MALAS, MINDER DAN MALU INI. MALAS, MINDER DAN MALU ADALAH TEMAN SETIA KITA DALAM MENGHARUNGI KEHIDUPAN INI. IA SENTIASA HADIR DISAAT KITA INGIN MELAKUKAN SESUATU DAN MENENTANG ALIRAN ARUS KEHIDUPAN KITA. MALAS, SIFAT YANG MENDOMINASI DIRI INI DISAAT KESENANGAN SEMAKIN BERMAHARAJALELA, PELBAGAI ALASAN DAN TIPUDAYA TERUCAP DARI MULUT, KERANA TERPENGARUH DENGAN TEMANNYA MALAS, MINDER DAN MALU INI.

NAMUN, JANGAN KITA TERLALU MEMUSUHI MALAS, MINDER DAN MALU INI DAN TEMANILAH IA SEKADAR YANG PERLU SAJA DAN CEPATLAH KITA BERSAHABAT DENGAN MAHU, MAMPU DAN MAJU TERUS PANTANG MUNDUR.

BUKANKAH MALAS, MINDER DAN MALU JUGA ADA MANFAATNYA, JIKA KITA DAPAT MENGGUNAKANNYA TEPAT PADA MASANYA SEPERTI MALAS BERBOHONG, MINDER TIDAK BERTANGGUH DAN MALU MENGATA PADA ORANG KERANA TAKUT BERSALAH. SEHINGGA KITA DAPAT BELAJAR DARI PENGALAMAN TERSEBUT. NAMUN SIFAT MALAS, MINDER DAN MALU INI TIDAK BANYAK MANFAATNYA.

GUNAKANLAH SIFAT MALAS, MINDER DAN MALU INI SEKADAR YANG PERLU SAJA KERANA YANG TERPENTING BAGI KITA ADALAH MEMUPUK SIFAT-SIFAT YANG BAIK AGAR HIDUP SUBUR DALAM HATI DAN FIKIRAN KITA. BIARKANLAH SIFAT MALAS, MINDER DAN MALU INI LAKSANA POKOK KECIL YANG BERDAMPINGAN DENGAN POKOK-POKOK BESAR YANG TIDAK MEMBERI KESAN YANG BURUK KEPADA POKOK BESAR ITU.
 JADIKAN MALAS, MINDER DAN MALU SEBAGAI SAINGAN KITA DALAM MENGHARUNGI KEHIDUPAN INI. DAN MENJADIKAN KITA SEMAKIN BIJAK DALAM MENGINGKAP PELBAGAI RAGAM, WARNA DAN KEJADIAN HIDUP INI.

MAKA BERTEMANLAH DENGAN MALAS, MINDER DAN MALU SEKADAR PERLU DAN BERSAHABATLAH DENGAN MAHU, MAMPU DAN MAJU PANTANG MINDUR.

Ahad, 27 Jun 2010

Berjiwa Besar


MEMANG SUSAH UNTUK MINTA MAAF ATAS KESILAPAN DIRI KEPADA ORANG LAIN TETAPI LEBIH SUSAH LAGI MEMBERI MAAF PADA ORANG YANG MEMBUAT SILAP PADA KITA. NAMUN, LAGI SUSAH BAGI DIRI YANG TIDAK PERNAH MINTA MAAF DAN MEMAAFKAN ORANG LAIN.

DUNIA INI BERPUTAR-PUTAR DALAM KEADAAN DAN SITUASI YANG BERBEZA-BEZA NAMUN MASIH PADA WAKTU YANG SAMA. DALAM PUTARAN ITU TERKADANG KITA BERADA DIBAWAH DAN TERKADANG DIATAS. JIKA HIDUPMU BERADA DIBAWAH, MAKA BELAJARLAH BERSABAR DAN JIKA HIDUPMU BERADA DIATAS, BELAJARLAH BERSYUKUR, MAKA KAU AKAN JADI PEMENANG DALAM SETIAP SITUASI DAN KEADAAN.

SEORANG PEMENANG SEJATI HARUS MEMILIKI JIWA BESAR DALAM MENGHARUNGI PERTARUNGAN KEHIDUPAN. DIRI YANG BERJIWA BESAR BOLEH MEMBAWA KETENANGAN DAN KEJERNIHAN HATI KERANA DIA MAMPU DAN PANDAI MENGAMBIL HIKMAH DALAM SEGALA KEJADIAN HIDUP INI.

ORANG YANG BERJIWA BESAR UMPAMA LAUTAN SAMUDERA YANG LUAS YANG DAPAT MENAMPUNG SEGALA JENIS HIDUPAN LAUT TANPA MENUMPAHKAN AIRNYA.WALAUPUN MACAM-MACAM HIDUPAN DILAUT SEPERTI UDANG, KETAM, IKAN, LUMUT, ALGA, RERAMPAI SERTA MACAM-MACAM FLORA DAN FAUNA, NAMUN AIR LAUT TAK PERNAH PUN MENUMPAHKAN AIRNYA KE DARAT MELAINKAN KERANA PASANG SURUT AIR. ITULAH PEMBERIAN ALLAH SWT KEPADA ORANG YANG INGIN MEMILIKI JIWA YANG BESAR, DIA MAMPU MENGAWAL SETIAP KEADAAN DAN SITUASI KERANA SIKAP HIKMAH BIJAKSANANYA YANG TINGGI.

DALAM JIWA BESAR, DIRI TERSEBUT MAMPU MEMBERIKAN KOMITMEN YANG LUAR BIASA DARIPADA ORANG LAIN DISEKITARNYA. DIRI YANG BERJIWA BESAR MEMILIKI PERIBADI YANG DIRINDUI OLEH SETIAP INSAN, BILA DIA TIADA NAMANYA DISEBUT-SEBUT, BILA DIA HADIR MAMPU MENDEBARKAN JIWA-JIWA MANUSIA DAN MAMPU MENGEMBIRAKAN WAJAH-WAJAH YANG KESEDIHAN. INILAH FITRAH MANUSIA SEJATI, MAMPU MENERANGI JIWA-JIWA YANG GELAP DAN MALAP.
ANTARA LAIN PERIBADINYA ADALAH MEMILIKI KESABARAN YANG TINGGI DALAM MENGHADAPI KEPERITAN HIDUP, DENGAN TERUS-MENERUS MENGGENGGAM CITA-CITA DAN HARAPAN SEHINGGA IANYA TERCAPAI. DAN MEMILIKI RASA SYUKUR YANG TINGGI DALAM MENGHADAPI PERJALANAN HIDUPNYA, DENGAN MEMYERAHKAN SEGALA POTENSI DIRI, LAHIR DAN BATINNYA, HARTA BENDA, BAHKAN NYAWANYA UNTUK KESEJAHTERAAN UMAT MANUSIA.

ORANG YANG BERJIWA BESAR SENTIASA BELAJAR SELAMA HIDUPNYA. GURUNYA ADALAH SEMUA MAKHLUK YANG DIKIRIM OLEH ALLAH SWT. DIRI YANG BERJIWA BESAR TIDAK PERNAH MEMBEZAKAN KAWAN DAN MUSUH, KAYA DAN MISKIN, HINA DAN MULIA ASALKAN MEMILIKI PERIBADI YANG TIDAK MELANGGAR KEBENARAN.

ORANG YANG BERJIWA BESAR TIDAK PERNAH MENG’AKU-AKU’.
IBARAT GULA, TAK PERLU MANGAKU BAHAWA AKU MANIS, NAMUN PASTILAH SEMUT AKAN DATANG PADANYA.
IBARAT INTAN PERMATA, JIKA DISIMPAN DIMANA-MANA SAHAJA , MAKA TETAPLAH DIINGINKAN ORANG.


IBARAT LEBAH, DIMANA DAN KEMANA SAJA SENTIASA MEMBERI MANFAAT PADA KEHIDUPAN.


IBARAT MATAHARI, SENTIASA MENYINARI DUNIA HATI SETIAP INSAN TANPA PERLU DISANJUNG ATAU DIPUJA, DICACI MAKI, DIMULIAKAN ATAU DIHINA.
ORANG YANG BERJIWA BESAR DIDAMBA DAN DICARI SEMUA ORANG DAN ORANG YANG BERJIWA BESAR ITU ADALAH ANDA.. YA ANDALAH ORANGNYA YANG BERJIWA BESAR ITU, MAKA GUNAKANLAH  JIWA BESAR ANDA ITU DALAM MENJALANI SISA HIDUP INI DENGAN PENUH KASIH SAYANG DAN SEMANGAT MENSEJAHTERAKAN DUNIA.
SESUNGGUHNYA ANDA ADALAH WAKIL SANG PENCIPTA DIMUKA BUMI INI DAN MUSUH TERBESAR ANDA ADALAH DIRI ANDA SENDIRI, MAKA LAWANLAH MUSUH BESAR ANDA DENGAN KEBESARAN JIWA ANDA.
SESIAPA PUN ANDA, DIMANAPUN ANDA, YAKINLAH ANDA SAANGAT BERERTI. DAN ANDA ADALAH PEMENANG SEJATI. MAKA, DALAM MENGHADAPI HIDUP INI, SEORANG PEMENANG YANG HEBAT DAPAT MEMBERIKAN INSPIRASI KEPADA SEMUA ORANG.
MULAI SEKARANG DAN  SAAT INI, ADALAH WAKTU YANG TEPAT UNTUK ANDA MEMBANGUNKAN KEMBALI JIWA BESAR ANDA YANG SUDAH TERTIDUR LAMA...
~ Bil 01

Ahad, 20 Jun 2010

Human relations

DO DISAGREE,DO NOT BE DISAGREEABLE  


                   Human relations

*treat people as people
*respect individual worth & dignity
*protect other people's rights
*recognise different perceptions
*allow differences,disagreements
*allow others to have a bad day occasionally
*accept responsibility for your own mistakes
*give others the benefit of the doubt
*cooperate rather than compete
*give positive,constructive feedback
*focus on what is right,not who is right
*seek to understand,not to criticise


                   INCREASED EFFECTIVENESS
                          REDUCED STRESS

Air Mata Nabi Adam a.s

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum  W.b.t

Ada satu kisah untuk kita kongsikan bersama...selamat menghayati =D

Tahukah  saudara semenjak Nabi Adam terkeluar dari syurga akibat tipu daya
iblis,  beliau menangis selama 300 tahun. Nabi Adam tidak mengangkat kepalanya
ke  langit kerana terlampau malu kepada Allah swt.





Beliau sujud  di atas gunung selama seratus tahun. Kemudian menangis lagi
sehingga air  matanya mengalir di jurang Serantip. Dari air mata Nabi Adam itu
Allah  tumbuhkan pohon kayu manis dan pokok cengkih. Beberapa ekor burung
telah  meminum air mata beliau. Burung itu berkata, "Sedap sungguh air  ini."

Nabi Adam  terdengar kata-kata burung tersebut. Beliau menyangka burung itu
sengaja  mengejeknya kerana perbuatan derhakanya kepada Allah. Ini membuatkan
Nabi  Adam semakin hebat menangis. Akhirnya Allah telah menyampaikan wahyu
yang  bermaksud, "Hai Adam, sesungguhnya aku belum pernah menciptakan air
minum  yang lebih lazat dan hebat dari air mata taubatmu itu."

Apa  Yang Akan Ditanya:


Dalam sehari  ada 24 jam. ? Dalam  sejam manusia bernafas sebanyak 4320 kali.
Dalam setiap kali bernafas Allah  akan tanya dua perkara semasa nafas keluar
dan masuk. Pertanyaan itu ialah,  "Apa perbuatan yang kita lakukan semasa
nafas itu keluar dan masuk?

Tiga  Cahaya Di Hari Kiamat


Di hari  kiamat ada tiga cahaya yang berlainan :
* Cahaya yang pertama seperti  bintang-bintang.
* Cahaya yang kedua seperti cahaya bulan.
* Cahaya yang  ketiga seperti cahaya matahari.

Apabila  ditanya cahaya apakah ini ? Lalu dijawab :
"Cahaya yang pertama ialah cahaya  wajah-wajah manusia yang ketika di dunia,
mereka akan meninggalkan pekerjaan  dan terus bersuci dan mengambil air
sembahyang apabila terdengar  azan.

Yang kedua  ialah cahaya wajah mereka yang mengambil air sembahyang sebelum azan.

Cahaya yang  ketiga ialah cahaya mereka seperti matahari. Mereka di dunia
sudah bersiap  sedia di dalam masjid sebelum azan lagi."

Kala  Jengking Neraka


Di hari  kiamat akan keluar seekor binatang dari neraka jahanam yang bernama
"Huraisy"  berasal dari anak kala jengking. Besarnya Huraisy ini dari timur
hingga ke  barat. Panjangnya pula seperti jarak langit dan bumi..

Malaikat  Jibril bertanya : "Hai Huraisy! Engkau hendak ke mana dan siapa yang
kau cari?
"Huraisy pun menjawab, "Aku mahu mencari  limaorang. Pertama, orang yang
meninggalkan sembahyang. Kedua, orang yang tidak mahu  keluarkan zakat.
Ketiga, orang yang derhaka kepada ibubapanya. Keempat,  orang yang bercakap
tentang dunia di dalam masjid. Kelima, orang yang suka  minum arak."

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...