SEDAR ATAU TIDAK, SETIAP SAAT KITA SENTIASA DITEMANI DENGAN 3M (MALAS, MINDER DAN MALU). DAN KITA JUGA SERING MENGELAK MELAKUKAN SESUATU DENGAN ALASAN YANG DAPAT DIPERTANGGUNGJAWABKAN. PERCAYALAH, SEKALI KITA CUBA BERBOHONG, MAKA KITA AKAN BERBOHONG KEMBALI DENGAN ALASAN YANG SAMA. TERUS MENERUS BERTEMANKAN 3M.
MARI KITA RENUNG SEJENAK, APA MANFAAT SIFAT MALAS, MINDER DAN MALU INI. MALAS, MINDER DAN MALU ADALAH TEMAN SETIA KITA DALAM MENGHARUNGI KEHIDUPAN INI. IA SENTIASA HADIR DISAAT KITA INGIN MELAKUKAN SESUATU DAN MENENTANG ALIRAN ARUS KEHIDUPAN KITA. MALAS, SIFAT YANG MENDOMINASI DIRI INI DISAAT KESENANGAN SEMAKIN BERMAHARAJALELA, PELBAGAI ALASAN DAN TIPUDAYA TERUCAP DARI MULUT, KERANA TERPENGARUH DENGAN TEMANNYA MALAS, MINDER DAN MALU INI.
BUKANKAH MALAS, MINDER DAN MALU JUGA ADA MANFAATNYA, JIKA KITA DAPAT MENGGUNAKANNYA TEPAT PADA MASANYA SEPERTI MALAS BERBOHONG, MINDER TIDAK BERTANGGUH DAN MALU MENGATA PADA ORANG KERANA TAKUT BERSALAH. SEHINGGA KITA DAPAT BELAJAR DARI PENGALAMAN TERSEBUT. NAMUN SIFAT MALAS, MINDER DAN MALU INI TIDAK BANYAK MANFAATNYA.
GUNAKANLAH SIFAT MALAS, MINDER DAN MALU INI SEKADAR YANG PERLU SAJA KERANA YANG TERPENTING BAGI KITA ADALAH MEMUPUK SIFAT-SIFAT YANG BAIK AGAR HIDUP SUBUR DALAM HATI DAN FIKIRAN KITA. BIARKANLAH SIFAT MALAS, MINDER DAN MALU INI LAKSANA POKOK KECIL YANG BERDAMPINGAN DENGAN POKOK-POKOK BESAR YANG TIDAK MEMBERI KESAN YANG BURUK KEPADA POKOK BESAR ITU.
JADIKAN MALAS, MINDER DAN MALU SEBAGAI SAINGAN KITA DALAM MENGHARUNGI KEHIDUPAN INI. DAN MENJADIKAN KITA SEMAKIN BIJAK DALAM MENGINGKAP PELBAGAI RAGAM, WARNA DAN KEJADIAN HIDUP INI.
MAKA BERTEMANLAH DENGAN MALAS, MINDER DAN MALU SEKADAR PERLU DAN BERSAHABATLAH DENGAN MAHU, MAMPU DAN MAJU PANTANG MINDUR.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan