Ahad, 27 Februari 2011

Anda Sudah Pun Mengalami Hukum Tarikan

Pernahkah anda menyedari kadangkala apa yang anda perlukan muncul di hadapan anda ataupun melalui panggilan telefon tanpa di duga? Ataupun ketika anda sedang memikirkan seseorang, tiba-tiba sahaja anda menemuinya di tepi jalan? Mungkin secara kebetulan anda dipertemukan dengan pelanggan ataupun pasangan hidup yang sempurna. Semua ini adalah pengalaman yang membuktikan Hukum Tarikan sememangnya wujud dalam hidup anda.

Pernahkah anda mendengar kisah bagaimana orang yang berterusan mempunyai hubungan yang tidak baik, dan terus mengadu yang mereka sentiasa tertarik kepada situasi yng sama? Sebenarnya Hukum Tarikan turut berlaku kepada mereka.

Hukum Tarikan didefinisikan sebagai, "Saya menarik ke dalam hidup saya apa sahaja perkara yang saya berikan sepenuh perhatian, tenaga dan fokus, samada positif ataupun negatif"

Ada sejumlah kata-kata atau ungkapan yang menerangkan bukti wujudnyaHukum Tarikan. Jika anda pernah menggunakan kata-kata atau ungkapan berikut, ini bermakna anda sebenarnya merujuk kepada Hukum Tarikan.
  • Tanpa diduga
  • Karma
  • Tanpa disangka
  • Kebetulan
  • Sejak azali
  • Nasib baik
  • Takdir
  • Sudah ditakdirkan
  • Pucuk dicita, ulam mendatang
Paling penting, anda tahu bagaimana caranya menggunakan Hukum Tarikan dengan lebih baik. Anda mampu menarik semua yang anda ingin lakukan, semua yang anda ingin tahu dan semua yang anda ingin miliki. Seterusnya, anda memperoleh lebih banyak apa yang anda inginkan dan mengurangkan apa yang anda tidak inginkan. Hasilnya, anda bakal mendapat pelanggan, pekerjaan, perhubungan, percutian dan kesihatan yang ideal. Lebih daripada itu, anda mendapat lebih banyak wang dan apa sahaja yang anda idamkan. 
Yakinlah!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...