Seorang pemuda bernama Hassan, keluar dari kampungnya dengan menunggang seekor unta untuk membuat satu perjalanan yang jauh. Setelah lama menunggang, dia keletihan lalu turun dari untanya dan bersandar di sebatang pokok lalu tertidur. Setelah sedar dari tidurnya, didapati untanya tidak ada. Hassan lalu terburu-buru mencari untanya itu. Dalam keadaan cemas dan bimbang itu, Hassan terjumpa untanya tetapi telah mati. Alangkah hairan dan marahnya Hassan. “Pakcik yang membunuhnya,” kata seorang tua yang ada di sisi bangkai unta itu. “Tetapi bukan sengaja,” sambung orang tua itu lagi. “Ketika unta ini memakan tanaman pakcik, pakcik lontar dengan batu kecil. Kena betul-betul di kepalanya. Lepas itu, ia berpusing-pusing dan jatuh lalu mati.” Orang tua itu bercerita menerangkan kejadian yang sebenarnya.Hassan dalam keadaan bingung kerana terkejut dari tidur dengan tiba-tiba mencabut pedangnya dan dihayun ke arah orang tua itu dan terpenggallah leher dari badan. Hassan seakan-akan baru bermimpi tersedar dari kejadian itu dan menyesal yang amat sangat. Hassan lalu mencari keluarga si mati dan menceritakan segala-galanya. Dua orang anak lelaki orang tua itu terus membawa Hassan kepada Amirul Mukminin hari itu juga. Dan Hassan pun dihadapkan ke mahkamah pengadilan. Amirul Mukminin sendiri yang menjadi hakimnya. Dengan dihadiri oleh beberapa orang Sahabat, perbicaraan pun dijalankan. Sayyidina Umar selaku hakim setelah mendengar pengakuan Hassan sendiri, telah menjatuhkan hukuman bunuh ke atas Hassan. Mendengar itu Hassan berkata: “Demi Allah, saya lebih sanggup dibunuh di dunia daripada mendapat hukuman Neraka di akhirat. Tapi, wahai Amirul Mukminin, saya minta ditangguhkan hukuman itu dalam beberapa hari kerana saya mohon untuk memberitahu ibubapa saya, anak isteri saya dan saudara-mara tentang perkara ini. Mereka semua belum tahu dan kerana jauhnya dari sini tentu mereka tak akan tahu kalau saya tidak memberitahunya.” Sayyidina Umar kerana tegas dan adilnya menjawab, “Tidak!. Tiada jaminan bahawa engkau datang lagi untuk menjalani hukuman ini.”Hassan merayu lagi, “Kasihanilah saya tuan hakim. Semua orang yang mengasihi saya sedang menunggu keputusan saya. Mereka tentu tertanya-tanya kalau saya tidak pulang memberitahu tentang perkara ini.” Sekali lagi, Sayyidina Umar menunjukkan ketegasan dan keadilannya, “Tidak!!,” katanya. Kali ketiga Hassan merayu, tiba-tiba salah seorang Sahabat bangun dan berkata, “Sekalipun saya tidak kenal saudara Hassan, namun atas nama Sahabat Rasulullah, saya minta tuan hakim memperkenankan permohonan Hassan. Jika sekiranya Hassan tidak datang pada hari akan dijatuhkan hukuman, maka biarlah saya yang dihukum.” Dengan jaminan yang diberikan oleh Sahabat itu, Abu Zar, Sayyidina Umar pun membenarkan hukuman itu ditangguhkan. Dan Hassan pun dibenarkan pulang setelah menentukan tarikh yang akan datang. Sesampai di rumah, Hassan terus memberitahu keluarganya tentang apa yang berlaku dan berkata,
Menangislah ibubapa dan anak isterinya. Tetapi Hassan tidak lemah semangat terus dipacunya kuda menuju ke tempat pengadilan. Dia lebih takut pada Allah daripada anak isteri. Dia lebih cintakan Akhirat daripada dunia. Di pertengahan jalan, tiba-tiba tali pacu kudanya putus. Hassan cemas kalau-kalau dengan itu, dia terlewat sampai. Bagaimanapun dengan susah payah, Hassan dapat membetulkan tali kekang kudanya dan akhirnya dapat meneruskan perjalanannya. Tetapi sudah lewat. Di padang tempat hukuman hendak dijalankan, kerana kelewatan Hassan, semua yang menanti sangat cemas. Mereka cemaskan Abu Zar yang terpaksa menggantikan tempat Hassan. Dalam suasana kecemasan yang memuncak, tiba-tiba berbalam-balam di kejauhan semua yang hadir nampak kuda pacuan berlari kencang menuju ke tempat itu. Setelah yakin Hasaan yang datang, mereka bertempik: “Allahu Akbar! Allahu Akbar!” Suasana tiba-tiba bertukar menjadi sedih dan terharu. Betapa jujurnya anak muda Hassan memegang janjinya sekalipun nyawanya akan melayang. Sebaik sahaja turun dari kudanya, Hassan menghadap tuan hakim dan berkata, “Demi Allah, saya tidak berniat untuk menempah kelewatan ini. Tali kuda saya putus di tengah padang pasir. Puas saya usahakan mencari tali untuk menyambungnya. Alhamdulillah, saya dapat dan selamat tiba ke sini, tuan hakim.” Kemudian katanya lagi, “Sebelum saya dihukum bunuh, izinkan saya bersolat dua rakaat.” Sayyidina Umar pun membenarkan. Dalam doa akhirnya, Hassan berdoa: “Ya Allah, ampunkan keterlanjuranku dunia dan di Akhirat.” Selesai menyapu muka, Hassan pun menghadap menyerahkan dirinya untuk menjalani hukuman bunuh. Tetapi pada saat yang genting itu, tiba-tiba kedua beradik anak si mati menghadap tuan hakim dan berkata: “Kami telah menyaksikan kejujuran dan keikhlasan saudara Hassan dan telah kami saksikan juga keberanian dan kasih sayang saudara Abu Zar. Juga telah kami saksikan ketegasan dan keadilan Amirul Mukminin menjalankan hukuman Tuhan. Hasilnya, kami memperolehi kekuatan untuk meredhakan kematian ayah kami dengan memaafkan saudara kami, Hassan. Lepaskanlah saudara Hassan daripada hukuman, wahai Amirul Mukminin.” Mendengar itu sekali lagi, padang itu bergema dengan laungan: “Allahu Akbar! Allahu Akbar!”Mereka semua bersyukur kerana terampunnya seorang saudara mereka dari hukuman di dunia dan Akhirat. Insya-Allah. |
Rabu, 20 April 2011
Hebat nya HUKUM ALLAH itu....
Jumaat, 8 April 2011
Khasiat Epal Hijau
Amalan memakan sebiji epal hijau setiap hari sememangnya digalakkan. Lebih-lebih lagi bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan. Ini kerana ia bukan sekadar mempunyai pelbagai khasiat malahan ia juga mampu mengurangkan kadar kolesterol dalam badan.
Epal hijau mengandungi zat besi, magnesium, potasium, kalsium, soldium, vitamin C, vitamin A dan vitamin B serta merupakan sumber serat yang mudah larut. Kita digalakkan memakan epal bersama dengan kulitnya kerana sebahagian kandungan vitamin C terletak di bawah kulitnya.
Epal hijau boleh membantu mencegah:
- Pembinaan kolesterol dalam dinding salur darah.
- Mengurangkan risiko penyakit jantung.
- Membantu kesihatan membran paru-paru.
- Membantu kesihatan tulang dengan menambah bahan kimia (boron) pada mineral tulang.
- Membantu kesihatan sistem kardiovaskular dengan mengekalkan tahap kolesterol darah.
- Membantu mengekalkan berat badan.
- Mengurangkan tekanan penyakit asma.
- Mengurangkan risiko barah.
Bagi mereka yang mempunyai masalah sembelit atau penghadaman, kisarkan epal hijau dengan saleri dan diminum setiap pagi sebelum sarapan. Ia dapat membersihkan saluran usus serta membuang toksid dengan pantas menerusi sistem pencernaan. Zat masam epal hijau merupakan pembersih tubuh yang sangat baik.
Epal hijau juga bertindak sebagai penyegar kulit wajah. Potong epal hijau dan rendamkan seketika di dalam air batu selama 5 minit. Kemudian letakkan di muka, biarkan selama 15 minit. Anda akan dapat rasakan kesegarannya. Jika diamalkan selalu ia boleh melicinkan kulit.
Rabu, 6 April 2011
Tiramisu
Source: umi_e (myresepi.com)
Bahan-bahan:
1 biji sponge kek atau apa2 kek
250ml whipping cream
200ml cream cheese - haniss guna jer sebuku tu 250gm
1/2 cawan gula halus
1 cawan air panas (nak bancuh nescafe)
1 sudu makan serbuk nescafe
serbuk koko untuk hiasan
Cara-caranya:
1. Bancuhkan nescafe dengan satu cawan air panas tadi
2. Satukan gula, cheese dan cream
3. Pukul adunan sampai kembang dan gebu
4. Potong kek pada 3 bahagian
5. Susun 1 bahagian dalam bekas
6. Tuangkan 1/3 bahagian bancuhan nescafe ke atas kek
7. Sapu 1/3 bahagian adunan cream+cheese tadi atas kek
8. Susun lagi bahagian yang selebihnya
9. Ulang sampai habis kemudian tutup dengan cling film dan simpan dalam fridge sebentar...
10.Hiaskan dengan serbuk koko bila masa nak menghidangkannya...
Bahan-bahan:
1 biji sponge kek atau apa2 kek
250ml whipping cream
200ml cream cheese - haniss guna jer sebuku tu 250gm
1/2 cawan gula halus
1 cawan air panas (nak bancuh nescafe)
1 sudu makan serbuk nescafe
serbuk koko untuk hiasan
Cara-caranya:
1. Bancuhkan nescafe dengan satu cawan air panas tadi
2. Satukan gula, cheese dan cream
3. Pukul adunan sampai kembang dan gebu
4. Potong kek pada 3 bahagian
5. Susun 1 bahagian dalam bekas
6. Tuangkan 1/3 bahagian bancuhan nescafe ke atas kek
7. Sapu 1/3 bahagian adunan cream+cheese tadi atas kek
8. Susun lagi bahagian yang selebihnya
9. Ulang sampai habis kemudian tutup dengan cling film dan simpan dalam fridge sebentar...
10.Hiaskan dengan serbuk koko bila masa nak menghidangkannya...
Ayam Madu Sticky
source : hanamemories.blogspot.com
Bahan-bahan
Bahan-bahan
- 1/2 ekor ayam - potong kecil
- 2 inci halia muda - parut
- 5 ulas bawang putih - ketuk
- 2 sudu besar kicap pekat manis
- 1 sudu besar sos tiram
- 2sk maggi seasoning @ sos ikan
- 1 sudu besar sos cili
- 1 sudu besar sos tomato
- 3-4 sudu besar madu
- 1/2 sk lada hitam
- 1/4 cawan air
- garam jika perlu
Cara-cara
- Gaul semua bahan dalam mangkuk kecuali air. Perap sebentar 10-20min.
- Panaskan kuali non stick dengan sedikit minyak. Masukkan ayam tadi dan juga sedikit air. Tutup dan biarkan masak hingga air kering dan terbit minyak dan sticky seperti ayam bakar.Sesekali balik2kan supaya tidak terlalu hangit.
- Sebelum matikan api, pastikan ayam masak, jika belum tambahkan lagi air dan masak lagi hingga kering dan sticky.
- Angkat dan buang lebihan minyak. Hidangkan.
Ahad, 27 Februari 2011
KISAH SEEKOR ULAT DENGAN NABI DAUD A.S
Dalam sebuah kitab, Imam Al-Ghazali menceritakan pada suatu ketika tatkala Nabi Daud A.S sedang duduk dalam suraunya sambil membaca kitab az-Zabur, dengan tiba-tiba dia terpandang seekor ulat merah pada debu.
Lalu Nabi Daud A.S. berkata pada dirinya, "Apa yang dikehendaki Allah dengan ulat ini?"
Sebaik sahaja Nabi Daud selesai berkata begitu, maka Allah pun mengizinkan ulat merah itu berkata-kata. Lalu ulat merah itu pun mula berkata-kata kepada Nabi Daud A.S. "Wahai Nabi Allah! Allah S.W.T telah mengilhamkan kepadaku untuk membaca
Setelah ulat merah itu berkata demikian, maka dia pun bertanya kepada Nabi Daud A.S. "Apakah yang dapat kamu katakan kepadaku agar aku dapat faedah darimu?"
Akhirnya Nabi Daud menyedari akan kesilapannya kerana memandang remeh akan ulat tersebut, dan dia sangat takut kepada Allah S.W.T. maka Nabi Daud A.S. pun bertaubat dan menyerah diri kepada Allah S.W.T.
Begitulah sikap para Nabi A.S. apabila mereka menyedari kesilapan yang telah dilakukan maka dengan segera mereka akan bertaubat dan menyerah diri kepada Allah S.W.T. Kisah-kisah yang berlaku pada zaman para nabi bukanlah untuk kita ingat sebagai bahan sejarah, tetapi hendaklah kita jadikan sebagai teladan supaya kita tidak memandang rendah kepada apa sahaja makhluk Allah yang berada di bumi yang sama-sama kita tumpangi ini.
Lalu Nabi Daud A.S. berkata pada dirinya, "Apa yang dikehendaki Allah dengan ulat ini?"
Sebaik sahaja Nabi Daud selesai berkata begitu, maka Allah pun mengizinkan ulat merah itu berkata-kata. Lalu ulat merah itu pun mula berkata-kata kepada Nabi Daud A.S. "Wahai Nabi Allah! Allah S.W.T telah mengilhamkan kepadaku untuk membaca
'Subhanallahu walhamdulillahi wala ilaha illallahu wallahu akbar' setiap hari sebanyak 1000 kali
dan pada malamnya Allah mengilhamkan kepadaku supaya membaca
'Allahumma solli ala Muhammadin annabiyyil ummiyyi wa ala alihi wa sohbihi wa sallim' setiap malam sebanyak 1000 kali.
Setelah ulat merah itu berkata demikian, maka dia pun bertanya kepada Nabi Daud A.S. "Apakah yang dapat kamu katakan kepadaku agar aku dapat faedah darimu?"
Akhirnya Nabi Daud menyedari akan kesilapannya kerana memandang remeh akan ulat tersebut, dan dia sangat takut kepada Allah S.W.T. maka Nabi Daud A.S. pun bertaubat dan menyerah diri kepada Allah S.W.T.
Begitulah sikap para Nabi A.S. apabila mereka menyedari kesilapan yang telah dilakukan maka dengan segera mereka akan bertaubat dan menyerah diri kepada Allah S.W.T. Kisah-kisah yang berlaku pada zaman para nabi bukanlah untuk kita ingat sebagai bahan sejarah, tetapi hendaklah kita jadikan sebagai teladan supaya kita tidak memandang rendah kepada apa sahaja makhluk Allah yang berada di bumi yang sama-sama kita tumpangi ini.
Anda Sudah Pun Mengalami Hukum Tarikan
Pernahkah anda menyedari kadangkala apa yang anda perlukan muncul di hadapan anda ataupun melalui panggilan telefon tanpa di duga? Ataupun ketika anda sedang memikirkan seseorang, tiba-tiba sahaja anda menemuinya di tepi jalan? Mungkin secara kebetulan anda dipertemukan dengan pelanggan ataupun pasangan hidup yang sempurna. Semua ini adalah pengalaman yang membuktikan Hukum Tarikan sememangnya wujud dalam hidup anda.
Pernahkah anda mendengar kisah bagaimana orang yang berterusan mempunyai hubungan yang tidak baik, dan terus mengadu yang mereka sentiasa tertarik kepada situasi yng sama? Sebenarnya Hukum Tarikan turut berlaku kepada mereka.
Hukum Tarikan didefinisikan sebagai, "Saya menarik ke dalam hidup saya apa sahaja perkara yang saya berikan sepenuh perhatian, tenaga dan fokus, samada positif ataupun negatif"
Ada sejumlah kata-kata atau ungkapan yang menerangkan bukti wujudnyaHukum Tarikan. Jika anda pernah menggunakan kata-kata atau ungkapan berikut, ini bermakna anda sebenarnya merujuk kepada Hukum Tarikan.
- Tanpa diduga
- Karma
- Tanpa disangka
- Kebetulan
- Sejak azali
- Nasib baik
- Takdir
- Sudah ditakdirkan
- Pucuk dicita, ulam mendatang
Paling penting, anda tahu bagaimana caranya menggunakan Hukum Tarikan dengan lebih baik. Anda mampu menarik semua yang anda ingin lakukan, semua yang anda ingin tahu dan semua yang anda ingin miliki. Seterusnya, anda memperoleh lebih banyak apa yang anda inginkan dan mengurangkan apa yang anda tidak inginkan. Hasilnya, anda bakal mendapat pelanggan, pekerjaan, perhubungan, percutian dan kesihatan yang ideal. Lebih daripada itu, anda mendapat lebih banyak wang dan apa sahaja yang anda idamkan.
Yakinlah!
Jumaat, 18 Februari 2011
Adab Minum Rasulullah S.A.W
Rasulullah SAW amat menyukai minum madu yang dicampur dengan air sejuk. Amalan ini untuk tujuan amalan kesihatan. Rasulullah SAW juga suka minum air sejuk dan mencicip madu sebelum makan apa-apa diwaktu pagi.
Antara khasiat amalan-amalan ini ialah:
1. Menghilangkan balqham (kahak/lendir)
2. Mencuci perut
3. Membuang sisa-sisa makanan yang tertinggal didalam perut yang tidak
dicernakan dengan sempurna dan menolaknya ke usus besar
4. Menghapuskan sukatan dalam usus, menghilangkan senak perut dan sedu
5. Memperbaiki fungsi buah pinggang, limpa dan hati
Rasulullah SAW suka minum air yang telah disimpan semalaman didalam suatu bekas.
Minuman Manis dan Sejuk
Aisyah (r.ha) meriwayatkan bahawa: " Diantara banyak-banyak jenis minuman, Rasulullah saw suka minuman manis dan sejuk"Hadis bermaksud, baginda mengemari minuman manis dan sejuk, campuran madu atau nabiz (rendaman buah tamar).
Didalam suatu doa Rasulullah SAW ada menyebut " Ya Allah kurniakanlah aku dengan cintaMu yang lebih besar dari cintaku kepada nyawa, harta,anak dan cintaku kepada air sejuk"
Ini memberi isyarat bahawa sudah tentu minuman air sejuk itu mempunyai khasiat yang lebih besar. Adapun minuman jika terkumpul didalamnya kemanisan dan kesejukan akan menjadi asbab yang paling bermanfaat untuk penjagaan kesihatan tubuh badan. Ini sekali gus berperanan bahan pemakanan dan mencernakan makanan yang masuk kedalam tubuh lalu menyalurkannya keseluruh anggota badan.
Ringkasan adab minum :
1. Gelas atau cawan hendaklah dipegang dengan tangan kanan
2. Bacalah " Bismillah"
3. Minum dengan tiga nafas
4. Minum dalam keadaan duduk
5. Jangan bernafas kedalam air. Setiap kali berhenti minum arahkan pernafasan ketempat lain.
6. Setiap kali berhenti minum (pada setiap penafasan) bacalah Alhamdullilah
7. Jika tidak ada tempat untuk duduk adalah diharuskan minum sambil berdiri
8. Jangan terus minum selepas selesai mengerjakan kerja-kerja berat.
9. Minum dari baki air yang telah diminum oleh orang lain, Hadis menyatakan bahawa saki baki air minuman seseorang Islam adalah ubat untuk penyakit.
Roti Gulung Sosej Berkeju
Bahan:
4 keping roti digelek nipis
4 keping cheese
4 batang sosej
4 keping cheese
4 batang sosej
1 biji telur dipukul
2 sudu besar serbuk roti
2 sudu besar serbuk roti
sedikit serbuk lada hitam
Cara:
1. Di atas roti yang digelek nipis diletakkan sekeping cheese,kemudian taburkan serbuk lada hitam.
2. Letakkan sosej dan gulung kejap.
3. Celupkan ke dalam telur dan golek dengan serbuk roti...goreng minyak banyak.
4. Bila masak,toskan dan potong menyerong.Hidangkan...
1. Di atas roti yang digelek nipis diletakkan sekeping cheese,kemudian taburkan serbuk lada hitam.
2. Letakkan sosej dan gulung kejap.
3. Celupkan ke dalam telur dan golek dengan serbuk roti...goreng minyak banyak.
4. Bila masak,toskan dan potong menyerong.Hidangkan...
...emmm yummy, yummy...
Selasa, 15 Februari 2011
Natural remedies for the 15 most common aches, pains, and health complaints
Is the economy beating you up? It’s time to get creative. Next time you have an ache or pain, forget about a costly trip to the drugstore and test-drive some of your grandmother’s remedies instead. It’ll save money and be gentler on your body and the environment.
1. Stop Bleeding You’d think it would burn, but a sprinkle of cayenne pepper on a cut will quickly stop the bleeding and actually relieve the pain.
2. Toothache
Here’s nothing so bad as the shooting pain of a toothache. You don’t want to ignore a tooth problem, because an infection that close to your brain can be extremely dangerous if it spreads. But in order to reduce swelling and pain while you wait for a dentist appointment, try putting a few drops of clove oil on your tooth and gums, and bite down on a smashed piece of garlic (which has excellent antibacterial properties). This has always worked for me.
3. Rashes and AllergiesPrescription and OTC antihistamines can cause some serious side effects. Before you head for the strong stuff, try green tea, which contains compounds with antihistamine properties. You’ll need to drink 2-3 cups a day to get the full effect.
4. Athlete’s Foot
It’s a foot fungus, and it stinks. Air those piggies, then soak them in salty water, wash them with garlic juice, or soak them with diluted white or apple cider vinegar. All of these things will help kill the fungus.
But you have to be persistent, consistent, and diligent: No matter what treatment you use, do it a few times a day and stick with it until at least a week after you think the symptoms are gone! Fungus excels at hiding out and coming back when you least expect it.
5. Acne and Sensitive SkinFirstly, you really have to look at your lifestyle, because imbalances in your health can show up in your skin. But in the meantime, wash your face with oatmeal. It’s a gentle exfoliant and draws out oil and impurities.
6. Ear Infections
Ear infections can become quite serious and cause permanent damage, so please see a doctor if your ear ache has become severe.
But if you feel like your infection is mild and at the beginning stages, put a few drops of garlic oil or white vinegar into your ear canal and lay down on the opposite side to let those drops do their work. Garlic and vinegar create an environment that won’t support the bacteria causing the infection. Repeat a few times a day until the symptoms disappear. (If your symptoms last longer than a few days, you should definitely see a doctor!)
Sabtu, 12 Februari 2011
Unta Si Tahan Haus dan Lapar
1. AR RAHMAAN - Maha Pengasih
Allah SWT Yang Maha Pengasih memberikan rezeki kepada semua makhluk ciptaanNya. Baik itu manusia, haiwan, ataupun tumbuhan.
Allah SWT memberi keistimewaan khusus kepada unta. Unta yang tinggal dipadang pasir nan panas dan gersang mampu menahan lapar selama delapan hari. Unta yang amapu bertahan hidup 3 minggu tanpa air. Subhanallah!
Punuk unta merupakan timbunan lemak yang akan menyediakan sari makanan bila ia kelaparan dan kehausan. Jika tidak menemukan makanan, unta boleh memakan tanaman berduri. Allah SWT menciptakan mulut unta tebal dan kuat seperti karet.
Allah SWT Yang Maha Pengasih memberikan rahmat dan kemakmuran kepada semua makhluk ciptaanNya tanpa pilih kasih.Sehingga Allah SWT memiliki nama indah Ar-Rahmaan. Yaitu Maha pengasih.
"Tidak ada seorang pun dilangit dan dibumi, kecuali akan datang kepada Tuhan Yang Maha Pemurah selaku seorang hamba." (QS.Maryam:93)
BERZIKIR, yuk!
Jika kita membaca Yaa Rahmaan sebanyak 100x, iaitu setiap seusai mengerjakan solat fardu. Dengan seizin Allah SWT kita akan dapat memiliki ingatan yang kuat, pengetahuan yang cemerlang, dan terhindar dari hati yang keras. Wallahu'alam.
Langgan:
Catatan (Atom)