Rabu, 19 Mei 2010

Aku Mahu Belajar


"Aku hidup untuk belajar. Aku belajar dari kehidupan. Aku mahu belajar dari kehidupanku sendiri, juga kehidupan orang lain"

"kita tidak perlu memaksa orang lain menerima pandangan kita. Begitujuga orang lain tidak boleh memaksa kita menerima pandangan mereka. Pun begitu, kita diberikan akal yang sehat. Oleh itu, nilailah dengan hati yang dingin, tanpa sentimen dan kejumudan"

"Ilmu bermula dari keraguan. Falsafah berangkat dari pertanyaan. Oleh itu, aku perlu mencari ilmu untuk hilangkan keraguanku, dan Aku perlu berfalsafah untuk menyempurnakan kefahamanku"

Selasa, 18 Mei 2010

KERJA...OH...KERJA..

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum..


Alhamdulillah baru dapat menulis dan bercerita tentang diri sendiri semenjak wujudkan blog ni..
baru merangkak belajar buat blog sendiri..hehee.

Hari ni masuk hari kedua saya bekerja. Seronok walaupun rasa pelik. Kenapa? Ada la sebabnya..huhu

Setiap hari, jam, minit, saat (maksudnya masa la tu..) kita akan belajar banyak perkara tentang hidup dan kehidupan. Bagaimana perlu berjuang melawan nafsu yang kadang-kadang malas walaupun keje masih baru lagi..hihi, bagaimana nak berurusan dengan orang yang kita tak pernah pun terfikir nak/akan jumpa, berurusan dengan makhluk-makhluk yang tak bernyawa (cara-cara nak handle pejabat la..) dan yang paling penting bagaimana kita nak menguruskan masa.

Masa itu KEHIDUPAN tau!

Anyway, sape pun kita, sentiasalah lihat orang yang hadir di sekeliling kita dan juga alam persekitaran sebabnya dari situ terlalu banyak perkara yang kita boleh belajar.



SEMOGA BERJAYA menempuh alam pekerjaan.
TERIMA KASIH YANG TIDAK TERNILAI buat bos-bos saya yang saya sayangi.



Isnin, 17 Mei 2010

Pengaruh kawan

Sikap kawan di tempat kerja mempengaruhi tahap motivasi kerja kita

Kawan di tempat kerja boleh mempengaruhi tahap motivasi kerja.
Bila kita dekat dengan orang yang rajin, bersemangat serta suka dengan kerja yang dilakukannya, serta merta kita juga akan terjangkit tabiat yang sama. Kesannya, kita akan turut jadi bermotivasi seperti dia.

People see, people do.

Apabila kita selalu berada dekat dengan orang yang malas bekerja, melaksanakan tugasan seadanya dan kurang ada inisiatif untuk memajukan diri, kesannya kita akan turut terjangkit perkara yang sa

ma. Kita akan selesa dengan sikap seperti dirinya, maka kita juga akan jadi malas bekerja, suka melaksanakan tugasan seadanya dan kurang ada inisiatif untuk memajukan diri dalam bidang kerja sekarang ini.

Untuk menikmati keseronokan bekerja, Anda perlu berkawan rapat dengan orang suka dengan kerjanya. Elakkan berkawan dengan orang yang selalu mengomplen-ngomplen pasal kerjanya, mengomel-ngomel dan menampakkan kemalasan sebab Anda akan terjangkit perkara yang sama. Sampai bila pun Anda tak akan dapat merasai motivasi kerja.

Sikap orang lain boleh mempengaruhi kita tanpa kita sedari. Nak cemerlang dalam bekerja, kita kena dekat-dekatkan diri dengan orang yang cemerlang sikapnya, yang ada motivasi kerja. Barulah kita merasa ada dorongan motivasi ketika bekerja sebab kita nampak kawan kita sendiri bersemangat bekerja di depan mata kita.

Pahalanya Tetap Ada


Abu Hurairah r.a menerangkan bahawasanya Rasulullah SAW bersabda maksudnya: “ Seorang lelaki berkata : “Demi Allah saya akan memberi sedekah. Maka dia keluar membawa sedekahnya lalu diletakkannya di dalam tangan pencuri. Maka pada paginya, orang ramai pun memperkatakan hal tersebut. Mereka berkata : “ Telah diberi sedekah kepada pencuri. Si pemberi itu berkata : “Wahai Tuhan ku, hanya untuk Engkaulah segala puji-pujian. Demi Allah, saya akan sedekahkan satu sedekah lagi. Maka dia keluar membawa sedekahnya lalu diletakkan di tangan wanita penzina. Pada pagi hari itu orang ramai pun memperkatakan hal tersebut. Mereka berkata : “Telah diberikan sedekah kepada wanita penzina. Orang tersebut berkata : “Wahai Tuhan ku, hanya untuk Engkaulah segala puji-pujian. Demi Allah saya akan memberikan satu sedekah lagi. Maka dia keluar membawa sedekahnya lalu diletakkan di tangan orang kaya. Pada pagi hari itu orang ramai memperkatakan hal tersebut. Mereka berkata : “Telah diberikan sedekah kepada orang kaya. Orang itu berkata : “Wahai Tuhan ku, hanya untuk Engkaulah segala puji-pujian terhadap si pencuri, si penzina dan terhadap si kaya. Kemudian datanglah seseorang kepadanya dalam tidurnya lalu berkata kepadanya : “Sedekah mu kepada si pencuri, mudah-mudahan ia akan memelihara dirinya daripada mencuri, manakala kepada wanita penzina mudah-mudahan ia akan memelihara dirinya daripada berzina dan orang kaya mudah-mudahan ia akan mengambil ibarat lalu menafkahkan sebahagian harta yang telah Allah berikan kepadanya.” (al-Bukhari dan Muslim)

Huraian
Sesungguhnya sedekah yang diberikan dengan niat yang baik akan diterima Allah walaupun tidak jatuh pada orang yang selayaknya.


Khamis, 6 Mei 2010

Rojak Sotong Kangkung


Bahan-Bahan:

2 ekor sotong yang telah kembang
1 biji timun
1 ikat kangkung
½ mangkuk kecil kacang tanah yang telah ditumbuk halus
½ mangkuk sos tomato
2 sudu besar petis

2 sudu besar bijan goreng
2 keping tauhu
½ mangkuk cili boh
1 cawan air
Garam, gula dan serbuk perasa secukupnya

Cara:

Sotong dan kangkung dicelur hingga empuk. Kemudian diangkat, toskan airnya dan dipotong-potong. Tauhu digoreng kemudian dipotong kecil. Tomato sos, cili boh dan petis disatukan dalam periuk kemudian tambah air 1 cawan dan biarkan mendidih. Bila mendidih masukkan separuh dari kacang tumbuk dan bijan kemudian dikacau hingga rata dan mendidih. Masukkan sotong, kangkung, tauhu dan timun di dalam pinggan sesudah itu tuangkan kuah di atasnya dan hidangkan.

2 sikap untuk mencapai kejayaan

1. Mengubah diri menjadi orang yang bersikap baik sepenuhnya.

Kita tak akan dapat mengecapi kejayaan jika kita kekal dengan sikap sekarang ini. Kita kena ubah kepada sikap yang lebih baik supaya kita dapat mencapai tahap pencapaian yang lebih baik lantas membuat kita muncul lebih cemerlang dari orang-orang di sekeliling kita. Sikap yang baik, mendorong kita mengambil tindakan yang baik, hasilnya kita beroleh pencapaian yang baik-baik.

Mulai hari ini, ubah diri kita. Perbaiki sikap, cara bercakap, cara bergaul, cara kita memandang orang lain dan ubah persepi kita terhadap kehidupan. Hidup ini tidak kejam sebenarnya, tapi kita yang kejam pada diri sendiri sebab kita tak mengubah perangai kita dan tindakan kita menjadi perangai baik dan tindakan yang baik untuk kita mendapat hasil yang baik.

Sama-samalah kita ingat mengingati. Ubah diri menjadi seseorang yang baik, supaya kita dapat mencapai kejayaan, seperti yang kita idamkan. Baik kepada orang lain, baik kepada diri sendiri.

2. Berbakti kepada orang lain.

Sebuah perniagaan, sama ada yang menjual barangan ataupun yang menawarkan perkhidmatan, jika dikaji sebenarnya merupakan bakti kepada masyarakat. Untuk sesebuah perniagaan tu muncul jadi perniagaan berjaya, kena terlebih dahulu menaburkan bakti, memberi produk berkualiti serta perkhidmatan yang memuaskan hati.

Selepas tu barulah ramai orang akan membeli produk yang ditawarkannya, menggunakan perkhidmatan yang diberikan olehnya. Sama juga dengan diri kita. Untuk kita berjaya dalam pelajaran, kekeluargaan, kerjaya, perniagaan dan kewangan, kita kena berbakti dulu kepada orang lain. Dalam proses berusaha mencapai kejayaan, kita tak akan dapat menolak dari tidak melibatkan orang lain dalam hidup kita.

Kita memerlukan orang lain untuk kita menimba ilmu daripada mereka kemudian kita akan perlukan seseorang yang lain untuk kita curahkan ilmu yang kita ada supaya kita dapat menimba lebih banyak ilmu, dua kali ganda banyaknya dari jumlah sebelum tu.

Tadi kita kena ubah diri menjadi diri kita yang baru, dengan sikap baru, mindset baru, akhlak baru yang lebih baik. Sekarang, kita kena menabur bakti dengann bersikap baik. Apa yang kita berikan pada orang lain, kita akan dapat balik satu hari nanti dengan jumlah ‘double‘.

Yee Mee Kung Fu


Bahannya :
Yee Mee
Sayur - carot, sawi & cili merah (ikut suka )
Fish ball, fish cake dan udang
telur
serbuk perasa
serbuk lada hitam
kuib ayam
air
tepung jagung - untuk pekatkan kuah

Caranya :
  1. basuh sayur - potong ikut suka
  2. potong fish ball , fish cake
  3. siang udang
  4. untuk kuah nya
  5. jerang air hingga mendidih masukkan fish ball, fish cake
  6. telur, serbuk perasa, kiub ayam, serbuk lada hitam
  7. kacau supaya telur tak berketul
  8. masukkan tepung jagung (campur ngan air sikit)
  9. masukkan semua sayur - kacau
  10. masukkan yee mee dan udang
  11. hidangkan masa panas2

Faedah menghafaz Al-Quran


Ulama-ulama menyebutkan beberapa faedah menghafaz Al-Quran antaranya:

1. Mendapat kejayaan hidup bahagia di Dunia dan di Akhirat jika disertakan dengan amal soleh iaitu menghafaz Al-Quran.

2. Memantapkan ingatan dan minda, sebab itu kita dapati Hafiz Al-Quran mempunyai ingatan yang kuat, tetap dan mantap.

3. Mempunyai ilmu yang luas, sering mendapat kejayaan cemerlang dalam pelajaran.

4. Jiwanya tenang dan berakhlak mulia.

5. Petah bercakap dan dapat bertutur dengan lancar kerana sering melatih dan menyebut huruf-huruf dengan baik ketika membaca Al-Quran.

Makanan Sihat untuk Hidup Sihat

Makanan  Sehat untuk Hidup Sehat

Ada beberapa cara diet untuk mengurangi berat badan jika anda mengikuti cara yang tepat seperti yang dirancang. tapi tidak bererti semua makanan diet adalah makanan sihat dan tidak bererti Anda harus mengubah pola makanan agar sesuai dengan diet.
Daripada khuwatir tentang cara diet, lebih baik fikir tentang gaya hidup yang sihat sebagai gantinya. Mulailah dengan belajar memilih makanan yang baik.

Sekiranya makanan itu diambil dari alam, maka makanan itu adalah baik untuk Anda. Buah-buahan segar yang besar dan sayuran memiliki banyak vitamin dan mineral, rebus mereka untuk memngekalkan gizi seimbang itu dan kurangkan penggunaan sos kerana tinggi dengan kalori dan lemak.
Buah epal baik bagi tubuh. Hidangkan seafood 2/ 3 kali seminggu. Ikan dan daging ayam akan lebih sihat dihidangkan dalam bentuk panggang daripada goreng.
Biasakan minum air kosong, susu dan 100% jus buah-buahan sebagai minuman utama dan jauhi minuman softdrink yang manis. Jika bosan dengan air mineral, cuba tambahkan beberapa limau nipis untuk menambahkan sentuhan rasa.

Jangan lupa untuk makan perbagai jenis makanan untuk mendapatkan seluruh vitamin dan mineral . InsyaAllah, Anda akan sihat.

Rabu, 5 Mei 2010

Kecelakaan zina


Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:” Sesungguhnya tujuh petala langit dan bumi sama mengutuk orang yang selalu berzina dan bau kemaluan pelacur di dalam neraka dapat mengganggu ahli neraka kerana sangat busuknya. ”
Riwayat al-Bazzar

Huraian

i) Di antara sifat orang-orang mukmin yang sebenar adalah menjaga kemaluannya dari perbuatan zina kerana zina adalah termasuk dalam kategori dosa-dosa besar (al-kaba'ir) di samping menyekutukan Allah, meminum minuman keras, berjudi, mencuri dan membunuh.
ii) "Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk." (Al-Israa': 32) Larangan zina yang digunakan di dalam al-Quran ini iaitu ''Janganlah kamu mendekati zina, bukan ''Janganlah melakukan zina'' mempunyai makna yang sangat mendalam iaitu bukan hanya perzinaan sahaja dilarang, tetapi segala-gala yang menjadi pintu ke arah itu adalah dilarang sama sekali seperti memandang aurat wanita, mendengar perkara yang boleh menaikkan nafsu seperti kelunakan suara (rayuan atau pujukan), bergaul bebas antara lelaki dan wanita, berdua-duaan dengan orang yang bukan muhrim dan sebagainya.
iii) Etika berpakaian juga harus dititikberatkan di mana pakaian seorang muslimah itu wajib memenuhi fungsi dasarnya iaitu menghindarkan seseorang dari dorongan berahi kerana jika aurat tidak ditutup dengan sempurna ia akan mengundang berlakunya kejadian rogol atau perbuatan zina yang boleh merosakkan maruah individu yang terlibat.
iv) Hari ini seakan menjadi “trend”, kebanyakan pakaian yang dipakai oleh golongan muda (ada juga yang telah berumur) terlalu pendek, ketat dan nipis Fenomena seperti ini patut dicegah demi kesejahteraan seluruh masyarakat.
v) Segala-saluran yang dikira boleh membawa manusia kepada perzinaan seperti rumah-rumah pelacuran, disko-disko, rumah-rumah urut dan sebagainya hendaklah dicegah ditutup keseluruhannya. Jika tidak akan berlakulah perkara-perkara yang tidak diingini.



Tip Maafkan Sahabat Yang Melukakan Hati


1.Tentukan apakah yang perlu anda maafkan, juga apa yang telah dilakukan oleh teman anda sehingga membuat anda berasa sangat terluka.
Banyak kali terjadi kita tidak pasti apa penyebab. Oleh itu ambil sedikit masa dan catatkan mengenai apa dan kenapa anda perlu memaafkan dia.
2. Berdoa dan bertawakal sebelum anda berdepan dengan sahabat.
Fikirkan cara bagaimana anda mahu memberitahunya yang anda telah memaafkan dia. Terus berkata, “saya maafkan awak” sangat tidak sesuai dan nampak tidak ikhlas. Ada baiknya juga jika anda tidak menggunakan taktik bersemuka, sebaliknya menulis surat ataupun e-mel. Namun semuanya bergantung pada keadaan dan mana yang membuat anda lebih selesa.
3. Anda mesti benar-benar ikhlas mahu memaafkan teman anda itu.
Jika tidak, perasaan tidak puas hati akan terus tersemat di sanubari. Sebab itu anda perlu membuat rancangan bagaimana mahu menyampaikan kata maaf dan betul-betul melakukannya.
4. Andainya anda mahu mengikat kembali ikatan persahabatan yang terputus setelah teman itu menyakitkan hati anda, selain menghulurkan maaf dengan seikhlas hati, berikan juga kata-kata yang dapat memberi dia keyakinan bahawa persahabatan yang bertaut kembali itu akan kekal selamanya.
5. Andai dia datang memohon maaf, jangan buat tidak peduli dan bersikap seolah-olah tidak ada apa yang berlaku
Andai ini yang anda lakukan bermakna anda tidak mahu menghilangkan rasa kecewa dan sakit hati yang anda alami. Atau dengan erti kata lain, tiada maaf baginya! Jangan rasa kecewa apabila sahabat anda tidak mahu mendengarkan perasaan anda kerana sekurang-kurangnya di pihak anda, masalah sudah diselesaikan. Anda tidak perlu melayan perasaan kecewa lagi sebaliknya boleh menghadapi hari mendatang dengan dada lapang.

Dengki


Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Tidak berkumpul di dalam hati seorang manusia antara iman dan dengki"
Riwayat Ibnu Hibban dan Al-Baihaqi
Huraian
1. Hasad dengki itu adalah seumpama api yang akan memakan segala kebaikan yang dilakukan oleh seseorang seperti api yang membakar kayu.
2. Adanya perasaan dengki menunjukkan iman seseorang itu belum sempurna malah dengki merupakan sifat yang diwarisi daripada syaitan. Kerana dengkilah maka syaitan menggoda Adam a.s hingga terkeluar daripada syurga dan kerana dengki juga maka terjadinya pembunuhan di antara Qabil dan Habil.
3. Seorang pujangga Arab pernah berkata: "Orang hasad tidak akan senang hidupnya dan orang bakhil tidak akan berbudi dan tidak dapat dijadikan kawan orang yang selalu jemu dan tidak ada kemanusiaan bagi pendusta. Dan tidak dapat diterima pendapat orang yang khianat dan tiada budi bagi orang yang tidak berakhlak.
4. Dengki yang diharuskan dalam Islam hanyalah dengki yang menjadikan manusia berebut-rebut melakukan kebaikan seperti berlumba-lumba menuntut ilmu atau berlumba-lumba melakukan ibadat dan yang seumpamanya.


Roti Sardin segera

Bahannya:-
roti
sardin
telur
gam - (tepung gandum + air)
minyak untuk mengoreng

Caranya
1.leperkan roti - supaya tidak meresap minyak

2.letakkan sardin - gulung hingga hujung roti.
3.gamkan hujung roti supaya tidak terbuka bila mengoreng
4. pukul telur.

5. panaskan minyak.
6. celup roti dlm telur dan goreng hingga kekuningan.

Popiah..popiah...

Popiah Salad
Bahannya :-
kulit popiah basah
timun disagat halus
carot disagat halus

telur rebus - hancurkan
mayonis (cari yang non fat ya)
Caranya :
gaulkan sayur + telur rebus + mayonis = letak atas kulit popiah dan gulung
Note : kalau nak sedap lagi leh letak cheese yang dah disagat (cheedar cheese) kalau nak lee..

POPIAH BASAH
Bahannya:

kulit popiah
timun sagat halus
carot sagat halus
telur rebus hancurkan
kacang tanah - goreng dan tumbuk
bawang goreng
togeh - celur (kalau tak nak letak pun xpe)
sengkuang (sagat - tumis ngan bawang putih + udang kering + serbuk perasa , masak kejap)

Sambal hitam untuk sapu
Bahannya:
cili kering + bawang merah + bawang putih - blender
gula merah
serbuk perasa
gula putih sikit
petis / otak udang
Caranya:
tumis cili + otak udang + gula merah + gula putih + serbuk perasa
Sebelum sapu
atas kulit popiah, sejukkan dulu,

Kemudian letakkan semua sayur2 tadi, telur rebus, bawang goreng dan kacang tanah - gulung
Dan sapu sedikit sambal atas popiah tadi
Note : boleh gantikan sayur timun dan carot dan bahan2 lagi bg menggantikan sengkuang

Kulit popiah:
tepung gandum
air garam
putih telor
sedikit minyak
Caranya:
Campurkan kesemua bahan sehingga likat (boleh tarik tepung keatas dan tak putus) dan leserkan atas kulit panas kejap,

Char Keow Teow - Penang

Bahan-Bahan
1 Senduk Kecil Minyak Masak
½ Biji Bawang Putih (potong halus2)
1 Biji Telur
4 Ekor Udang (Byk pon tak per)
1 Sudu Cili (Boh @ Giling)
1 Genggam Keow Teow(Pilih paling halus)
1 Genggam Taugeh
1 Senduk Kicap Char Keow Teow
Sedikit Kucai

Cara:
1)Panaskan Minyak
2)Masukkan Udang + Bawang + KeowTeow + Cili, kacau selama 10saat
3)Masukkan Taugeh + Kucai, kacau sikit dan terus tutup api.
4)Pecahkan telur dan masukkan kicap, kacau dan terus angkat (kena cepat kalau tak, takder kuah nanti... telur bagi 1/3 masak aje baru ada kuah)
Jangkamasa masak : 40saat (tgk besar mana korang pasang api)

Senario Duka

DukaSedarkah kita, semasa kita sedang berduka, semuanya terasa seperti serba tidak kena? Bagi pelajar, ada kalanya kita sedang berduka kerana gagal mendapat keputusan A bagi subjek yang paling kita suka dan mahir. Apabila mendapat keputusan yang tidak menggembirakan itu, terasa seolah-olah semua benda di dunia ini sedang memusuhi kita.

Ketika itu, gurauan dan jenaka rakan sebaya terdengar seperti sindiran. Teguran dan nasihat guru dan ibu bapa terasa seperti sengaja mahu menambahkan garam di atas luka yang sedang terbuka. Rancangan kegemaran di televisyen pula dilihat tidak begitu menarik seperti biasa.

Bagi seorang pekerja, kita mungkin sedang berduka kerana dimarahi oleh ketua atau majikan. Ketika itu, satu demi satu perkara yang menyakitkan hati beratur di depan mata. Apabila lihat rakan sekerja berbisik, kita terasa bahan umpatan itu tentulah diri kita. Apabila terdengar rakan sekerja ketawa, terasa diri inilah yang menjadi bahan jenaka. Apabila hendak menulis dan pen kering dakwatnya, terasa seluruh dunia sedang berkomplot untuk mengenakan kita.

DukaBagi seorang usahawan, kita mungkin berduka kerana memikirkan perniagaan yang semakin merosot, tidak maju atau tidak mempunyai pencapaian yang memuaskan. Ketika itu, kita terasa seolah-olah tidak ada sesiapa pun di dunia ini yang memahami atau menyokong kita.

Apabila pulang ke rumah, terasa isteri terlalu mendesak dengan masalah itu dan ini. Terasa anak-anak memeningkan kepala dengan meminta ini dan itu. Ketika inilah juga pengutip hutang menghubungi kita untuk bertanyakan bayaran yang masih belum mereka terima. Inilah juga ketikanya kereta yang sihat walafiat selama ini menunjukkan ragamnya.

DukaJika kita sedang terperangkap di dalam senario ini semua, mampukah kita keluar daripadanya? Anda sendiri tentu pernah merasai pengalaman berduka. Adakah anda mampu mengubah rasa duka dan keluar daripada emosi yang boleh membinasakan diri?

Memang benar, bercerita tentang teori untuk menghilangkan rasa duka adalah amat mudah. Namun realitinya jika kita sendiri berada di dalam situasi tersebut, lain pula ceritanya. Apa yang perlu kita sedar ialah teknik dan cara untuk mengawal diri dan emosi kita semasa berduka ini adalah amat penting. Motivasi Diri Di Kala Duka akan menghuraikan beberapa teknik berkesan dalam mengeluarkan diri kita daripada perangkap ini semua.

Selamat membaca.

Selasa, 4 Mei 2010

Siapakah kita??

Siapakah orang yang sombong?
Orang yang diberi kehidupan tapi tidak mahu sujud pada yang menjadikan kehidupan itu.
Siapakah orang yang telah mati hatinya?
Orang yang diberi petunjuk melalui ayat-ayat Qur'an, Hadith dan cerita2 kebaikan namun tidak merasa apa2 kesan di dalam jiwanya untuk bertaubat.
Siapakah orang dunggu kepala otaknya?
Orang yang tidak mahu melakukan ibadat kerana menyangka Tuhan tidak akan menyiksanya dengan kelalaiannya itu dan sering merasa tenang dengan kemaksiatannya.
Siapakah orang yang kuat?
Orang yang dapat menahan kemarahannya ketika marah.

Siapakah orang yang lemah?

Orang yang melihat kemaksiatan di depan matanya tetapi tidak ada sedikit pun kebencian di dalam hatinya pada kemungkaran itu.
Siapakah orang yang bakhil?
Orang yang berat lidahnya untuk berselawat ke atas junjungan besar Rasulullah SAW.
Siapakah orang yang buta?

Orang yang tidak mahu membaca dan meneliti kebesaran Al Qur'an dan tidak mahu mengambil pelajaran daripadanya.

7 golongan dlm Naungan Allah

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
”7 golongan manusia yang akan diberi perlindungan oleh Allah dalam naungannya di hari yang tiada naungan melainkan perlindungan Allah itu sendiri iaitu:
  1. Imam (pemimpin) yang adil,
  2. pemuda yang sentiasa beribadat kepada Allah,
  3. lelaki yang hatinya sentiasa terpaut dengan masjid,
  4. dua orang yang saling cinta mencintai kerana Allah di mana keduanya berkumpul dan berpisah kerana Allah,
  5. seorang lelaki yang diajak oleh wanita rupawan serta berkedudukan tinggi untuk melakukan zina, lalu ia menjawab, “Aku takut kepada Allah”,
  6. seseorang yang bersedekah dengan sesuatu sedekah lalu menyembunyikan sedekahnya itu sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang dibelanjakan oleh tangan kanannya,
  7. seseorang yang mengingati Allah di tempat yang sunyi lalu mengalir air matanya.”
Riwayat at-Tirmidzi

7 kalimah

Salah satu tanda kepribadian seorang muslim itu adalah berzikir, mengingat Allah dengan menyebut nama-nama-Nya. Dengan dekat kepada Allah, hati jadi tenang.

1. Bismillahirrahmanirrahim.

Diucap diawal segala perbuatan. InsyaAllah, bila dah terbiasa, ia jadi refleks. Mudah untuk menjaga diri dari perbuatan buruk kerana merasa Allah melihat perbuatan kita. Dalam sebuah hadis Rasulullah menyatakan, "Bahwa setiap perbuatan baik yang tidak dimulai dengan kalimat basmalah, maka perbuatan itu tak berkah."

2. Alhamdulillah

Ungkapan syukur atas kurnia dan rahmat Allah swt. Sesungguhnyalah, syukur adalah energi kehidupan yang sangat besar & bagi manusia yang banyak bersyukur, bererti telah memiliki yang terbanyak dibanding orang lain. Mengenai hal ini difirmankan dalam QS. Ibrahim ayat 7, bahwa Allah akan menambah rahmat nikmat-Nya kepada mereka yang mampu bersyukur.

3. Astaghfirullah

Difirmankan dalam QS. Ali Imran 135, "Orang-orang yang berbuat kekejian atau menzalimi dirinya lalu ingat kepada Allah, maka minta ampunlah untuk mereka atas dosa-dosa yang dilakukan."

Sungguh Maha Suci Allah Yang Maha Sempurna y mciptakan makhluk secara sunnatullah berbuat khilaf, sekaligus Ia berikan 'ubat' bagi kekhilafan tersebut. Bagi mereka yang amalkan ubat ini, maka mereka selamat dari penyakit hati yang lebih serius. Allah Maha Pengampun, terutama bagi siapapun yang segera bertoubat & sedar telah berbuat khilaf.

4. Insya Allah

Diucapkan jika berniat hendak melakukan sesuatu di masa akan datang, mengingatkan kita, bahwa kehendak Allah adalah penentu segalanya. Tak seorangpun mengetahui apa yang akan terjadi. Itu sebabnya, tak akan pernah ada janji yang diikat 100 % antara manusia, kecuali dengan menambahkan kalimat, Insya Allah (QS. Al Kahfi, 23-24).

5. Laa Haula walaa quwwata illaa billaah.

Pengakuan terhadap kefanaan manusia dan ke-Maha Kuasanya Allah ini diucapkan ketika seseorang mengambil keputusan (berazam) & adalah pancaran dari sikap tawakal seseorang. Setelah keputusan diambil, ia bertawakal kepada Allah. Yakni sikap menerima risiko apapun yang terjadi dgn redha. (Qs Ali >Imran : 159).

6. Laa Ilaaha Illallah

Kalimah kunci pintu syurga. Banyak muslim melafaznya dalam setiap kesempatan, sayangnya, hanya sekedar refleks bibir. Kerana jika seseorang itu sedar akan hikmahnya, sungguh nikmat dan manfaat y akan diperoleh melebihi seisi dunia, mengingat kebesaran Allah SWT.

7. Innalillahi wa inna ilaihi rajiun

Manusia adalah milik Allah, dan setiap inci pergerakan berada dalam genggamanNya & segala sesuatu itu pasti kembali kepada pemiliknya, Allah SWT. Insya Allah, dengan membiasakannya, lapang dada dalam menghadapi setiap perkara krn sudah menjadi takdir kita. Semakin dalam seseorang menghayati hikmah zikir ini, semakin ringan dia menghadapi kehidupan yang berat ini, tanpa stress /depresi.

Mani; Najis Atau Tidak?

Dari Amar bin Maimun r.a katanya:”Aku bertanya kepada Sulaiman bin Yasar perihal mani apabila mengenai pakaian seseorang; apakah cukup dengan membersihkan yang terkena mani itu sahaja ataukah harus mencuci kain itu seluruhnya?” Jawabnya:”Aisyah pernah mengkhabarkan kepadaku bahawa Rasulullah SAW hanya membersihkan bahagian yang kena mani itu sahaja; kemudian beliau pergi solat dengan memakai kain itu. Aku memang melihat bekas cucian di kain itu.”
(Muslim)
Huraian

Mengikut pendapat asy-Syafi’eyyah, pakaian yang terkena air mani boleh digunakan untuk menunaikan solat kerana air mani tidak dikira najis. Namun pandangan asy-Syafi’eyyah juga menyebut bahawa disunatkan membasuh pakaian yang terkena air mani sekiranya air mani itu telah kering pada pakaian. (Ibn Qudamah, Mugni al-Muhtaj, jld:1, hlm:79-80) Dr. Wahbah al-Zuhailiy berpendapat, air mani tidak boleh dikategorikan sebagai najis. Ini kerana manusia dijadikan daripadanya dan sebagai memudahkan urusan anak adam. (Dr. Wahbah al-Zuhailiy, Fiqh al-Islamiy, jld:1,hlm:164).

Ahad, 2 Mei 2010

10 Solat Tak Diterima Allah S. W. T


10 JENIS SOLAT YANG TIDAK DITERIMA OLEH ALLAH S. W. T


Rasulullah S. A. W. telah bersabda yang bermaksud : "Sesiapa yang memelihara solat, maka solat itu sebagai cahaya baginya, petunjuk dan jalan selamat dan barangsiapa yang tidak memelihara solat, maka sesungguhnya solat itu tidak menjadi cahaya, dan tidak juga menjadi petunjuk dan jalan selamat baginya." (Tabyinul Mahaarim) Rasulullah S. A. W telah bersabda bahawa : "10 orang solatnya tidak diterima oleh Allah S. W. T, antaranya :


1. Orang lelaki yang solat sendirian tanpa membaca sesuatu.


2. Orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat.


3. Orang lelaki yang menjadi imam, padahal orang yang menjadi makmum membencinya.


4. Orang lelaki yang melarikan diri.


5. Orang lelaki yang minum arak tanpa mahu meninggalkannya (Taubat).


6. Orang perempuan yang suaminya marah kepadanya.


7. Orang perempuan yang mengerjakan solat tanpa memakai tudung.


8. Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim menganiaya.


9. Orang-orang yang suka makan riba'.


10. Orang yang solatnya tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan yang keji dan mungkar."


Sabda Rasulullah S. A. W yang bermaksud : "Barang siapa yang solatnya itu tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan keji dan mungkar, maka sesungguhnya solatnya itu hanya menambahkan kemurkaan Allah S. W. T dan jauh dari Allah." Hassan r. a berkata : "Kalau solat kamu itu tidak dapat menahan kamu dari melakukan perbuatan mungkar dan keji, maka sesungguhnya kamu dianggap orang yang tidak mengerjakan solat. Dan pada hari kiamat nanti solatmu itu akan dilemparkan semula ke arah mukamu seperti satu bungkusan kain tebal yang buruk.

'Assam Steam' Fish



Bahan-Bahan:
Bahan A - ditumbuk lumat
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2 biji buah keras
sedikit belacan (jika suka)
3 sudu besar cili boh
1 ½ cawan air asam jawa
garam & minyak untuk menumis
2 atau 3 keping ikan (siakap/tenggiri/merah)
Cara:
Pijar minyak dalam kuali/frying pan.

Tumis bahan A dan cili boh hingga naik bau dan cili masak

Masukkan air asam jawa, garam & ikan.

Besarkan api, tutup kuali/frying pan dengan tudung periuk hingga kuah pekat seakan sambal.

Hidang.

5 Nama Rasulullah


Dari Jubair bin Muth’in, katanya:”Aku mempunyai lima nama. Aku Muhammad (dipuji), aku Ahmad (amat terpuji), aku Mahi (penghapus) yang Tuhan menghapuskan kekafiran dengan usahaku, aku Hasyir (pengumpul) di mana dikumpulkan manusia di belakangku dan aku ‘Aqib (penghabisan).”
(Bukhari)


Huraian

Siapa yang tidak kenal nama Muhammad? Jika pertanyaan: “Siapakah Muhammad itu” ditujukan kepada seorang muslim, tentu mereka sangat mengenalinya. Muhammad adalah purnama. Cahayanya di atas cahaya. Begitu syair pujian untuk dirinya. Sebagaimana yang disebutkan di dalam hadith di atas, terdapat banyak nama-nama yang diberikan kepada rasulullah dan sebagai seorang Islam kita wajib berselawat pada tiap-tiap kali menyebut, menulis atau mendengar nama Nabi Muhammad s.a.w., atau ganti namanya atau pun pangkat kenabiannya juga pangkat kerasulannya.
Pendapat ini ialah pendapat sebahagian besar daripada penyokong-penyokong Mazhab Maliki, Mazhab Hanafi, Mazhab Syafie dan Mazhab Hambali, mereka berpendapat bahawa sesiapa yang tidak berselawat pada masa-masa yang tersebut maka ia telah melakukan dosa besar kerana banyak hadith yang menjelaskan bahawa Rasulullah s.a.w., telah memberi amaran menyatakan bahawa sesiapa yang tidak berselawat kepada Baginda s.a.w., pada masa disebutkan nama atau ganti nama Baginda s.a.w. maka dialah sebakhil-bakhil manusia, dialah yang mendapat kehinaan yang memalukan dan memuramkan mukanya, dialah yang beroleh kepayahan dan kesusahan, dialah yang jauh dari rahmat Allah dan dialah yang akan masuk ke dalam neraka sekiranya tidak diampunkan dosanya meninggalkan berselawat itu, (sebagaimana yang tersebut dalam hadis Abu Zar al-Ghifari, yang diriwayatkan oleh Ibn Abu Asim; Hadis Abu Hurairah riwayat Tirmizi dan al-Hakim; riwayat at-Tabari dan Bukhari pada al-Adab al-Mufrad; Hadis Abu Hurairah riwayat Ibn Hibban dan al-Bukhari pada al-Adab al-Mufrad dan hadis Abdullah bin Jarad riwayat ad-Dailami).



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...