Orang yang diberi kehidupan tapi tidak mahu sujud pada yang menjadikan kehidupan itu.Siapakah orang yang telah mati hatinya?
Orang yang diberi petunjuk melalui ayat-ayat Qur'an, Hadith dan cerita2 kebaikan namun tidak merasa apa2 kesan di dalam jiwanya untuk bertaubat.Siapakah orang dunggu kepala otaknya?
Orang yang tidak mahu melakukan ibadat kerana menyangka Tuhan tidak akan menyiksanya dengan kelalaiannya itu dan sering merasa tenang dengan kemaksiatannya.Siapakah orang yang kuat?
Orang yang dapat menahan kemarahannya ketika marah.
Siapakah orang yang lemah?
Orang yang melihat kemaksiatan di depan matanya tetapi tidak ada sedikit pun kebencian di dalam hatinya pada kemungkaran itu.Siapakah orang yang bakhil?
Orang yang berat lidahnya untuk berselawat ke atas junjungan besar Rasulullah SAW.Siapakah orang yang buta?
Orang yang tidak mahu membaca dan meneliti kebesaran Al Qur'an dan tidak mahu mengambil pelajaran daripadanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan