Rabu, 5 Mei 2010

Tip Maafkan Sahabat Yang Melukakan Hati


1.Tentukan apakah yang perlu anda maafkan, juga apa yang telah dilakukan oleh teman anda sehingga membuat anda berasa sangat terluka.
Banyak kali terjadi kita tidak pasti apa penyebab. Oleh itu ambil sedikit masa dan catatkan mengenai apa dan kenapa anda perlu memaafkan dia.
2. Berdoa dan bertawakal sebelum anda berdepan dengan sahabat.
Fikirkan cara bagaimana anda mahu memberitahunya yang anda telah memaafkan dia. Terus berkata, “saya maafkan awak” sangat tidak sesuai dan nampak tidak ikhlas. Ada baiknya juga jika anda tidak menggunakan taktik bersemuka, sebaliknya menulis surat ataupun e-mel. Namun semuanya bergantung pada keadaan dan mana yang membuat anda lebih selesa.
3. Anda mesti benar-benar ikhlas mahu memaafkan teman anda itu.
Jika tidak, perasaan tidak puas hati akan terus tersemat di sanubari. Sebab itu anda perlu membuat rancangan bagaimana mahu menyampaikan kata maaf dan betul-betul melakukannya.
4. Andainya anda mahu mengikat kembali ikatan persahabatan yang terputus setelah teman itu menyakitkan hati anda, selain menghulurkan maaf dengan seikhlas hati, berikan juga kata-kata yang dapat memberi dia keyakinan bahawa persahabatan yang bertaut kembali itu akan kekal selamanya.
5. Andai dia datang memohon maaf, jangan buat tidak peduli dan bersikap seolah-olah tidak ada apa yang berlaku
Andai ini yang anda lakukan bermakna anda tidak mahu menghilangkan rasa kecewa dan sakit hati yang anda alami. Atau dengan erti kata lain, tiada maaf baginya! Jangan rasa kecewa apabila sahabat anda tidak mahu mendengarkan perasaan anda kerana sekurang-kurangnya di pihak anda, masalah sudah diselesaikan. Anda tidak perlu melayan perasaan kecewa lagi sebaliknya boleh menghadapi hari mendatang dengan dada lapang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...